awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes Thailand: Pelampung itik jadi pelindung meriam air

Saraya Mia
Saraya Mia
18/11/2020
15:24 MYT
Protes Thailand: Pelampung itik jadi pelindung meriam air
Menurut seorang peserta protes, mereka terpaksa menggunakan pelampung itu sebagai penghalang daripada tembakan meriam air. -Gambar/ Reuters
BANGKOK:Pelampung itik berwarna kuning menjadi tumpuan protes di Bangkok, pada Rabu apabila ia digunakan sebagai pelindung terhadap semburan meriam air dan gas pemedih mata oleh pihak polis.
Terdahulu, ribuan penunjuk perasaan berkumpul di luar ibu pejabat polis, di sini, pada Rabu bagi meneruskan demonstrasi menentang kerajaan.
Reuters melaporkan, seorang peserta protes berkata, mereka terpaksa menggunakan pelampung itu sebagai penghalang daripada tembakan meriam air.
“Jika polis tidak menyembur meriam air, kami tidak akan menggunakan pelampung ini sebagai penghalang,” katanya yang mahu dikenali sebagai Wim.
“Itik itu yang dijadikan maskot demonstrasi mungkin kurang berkesan menjadi pelindung, tapi ia adalah aksi yang boleh menarik perhatian," kata seorang lagi penunjuk perasaan dikenali sebagai Earn.
Pelampung itik berwarna kuning itu boleh didapati pada sekitar 2,800 Baht (RM380) di Bangkok melalui aplikasi jualan dalam talian.
Dalam pada itu, protes menentang kerajaan di Bangkok telah mencapai tahap paling ganas pada Selasa, apabila sekurang-kurangnya 55 orang cedera dengan dua daripada mereka dikesan mempunyai kesan tembakan peluru.
Polis bagaimanapun menafikan menggunakan senjata api sama ada dengan peluru sebenar atau getah dan menegaskan mereka menyiasat pihak yang bertanggungjawab.
Protes yang bermula sejak Julai lalu susulan perasaan tidak puas hati rakyat, khususnya golongan anak muda terhadap kerajaan Thailand dan institusi monarki yang dianggap tidak boleh diusik.
Mereka menuntuk peletakan jawatan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha, rombakan kabinet dan reformasi institusi monarki.
Topic Berkaitan
#Thailand
#Bangkok
#Penunjuk perasaan
#protes
#kerajaan
#polis
#itik
#itik kuning
#meriam air
#gas pemedih mata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan