awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU Thailand: Parti pembangkang Parti Pheu Thai umum tiga calon PM

Bernama
Bernama
05/04/2023
15:57 MYT
PRU Thailand: Parti pembangkang Parti Pheu Thai umum tiga calon PM
Mengikut perlembagaan, setiap parti boleh mencalonkan sehingga tiga calon untuk jawatan perdana menteri. - Gambar Bernama
BANGKOK: Parti pembangkang terbesar di Thailand, Parti Pheu Thai mengumumkan senarai calon untuk merebut jawatan perdana menteri menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) pada 14 Mei.
Antara calon itu ialah anak bongsu bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, 36, selain jutawan hartanah Srettha Thavisin dan bekas peguam negara Chaikasem Nitisiri.
Paetongtarn yang lebih dikenali sebagai Ung Ing, mendahului dalam tinjauan pendapat sejak tahun lalu.
Mengikut perlembagaan, setiap parti boleh mencalonkan sehingga tiga calon untuk jawatan perdana menteri.
Perdana menteri akan dipilih pada sidang Dewan Perwakilan dan Senat yang mempunyai gabungan keahlian seramai 750 orang, selepas pilihan raya.
Parti-parti lain hanya menyenaraikan seorang calon untuk setiap parti termasuk Parti Bangsa Thai Bersatu yang telah mencalonkan penyandang perdana menteri Prayuth Chan o-cha yang bertanding untuk pemilihan semula di bawah bendera parti itu.
Turut disenarai ialah Prawit Wongsuwan (Palang Pracharat Party), Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul (Parti Bhumjaithai), Menteri Perdagangan Jurin Laksanawisit (Parti Demokrat) dan Pita Limjaroenrat (Forward Party).
Lebih 52 juta pengundi akan mengundi dalam sistem dua undi - 500 Ahli Parlimen dan 100 wakil parti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Peguam Negara
#pembangkang
#Thaksin Shinawatra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan