awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU Turkiye: Erdogan muncul semula dalam siri kempen

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2023
23:00 MYT
PRU Turkiye: Erdogan muncul semula dalam siri kempen
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan diiringi isterinya, Emine Erdogan menyambut penyokongnya ketika berkempen di Izmir. - Foto REUTERS
IZMIR: Presiden Recep Tayyip Erdogan muncul semula dalam siri kempen di barat Turkiye selepas tahap kesihatannya dilaporkan berada pada tahap tidak baik.
Beliau tiba di bandar pelabuhan Izmir iaitu kawasan kubu kuat pembangkang.
Berbaki dua minggu sebelum pilihan raya, bagi memilih Presiden dan Ahli Parlimen, proses kali ini cabaran sukar buat Erdogan selepas 20 tahun berkuasa di Turkiye.
Ketika kempen, beliau berucap selama 40 minit dengan suara yang kuat selain mendakwa hanya beliau mampu membawa kepada perubahan dan pertumbuhan di Turkiye.
Pesaing utamanya untuk jawatan Presiden adalah Kemal Kilic-Daroglu, yang merupakan calon sekular disokong perikatan enam parti.
Edrogan yang berusia 69 tahun itu mengejutkan penonton televisyen di seluruh negara apabila dilaporkan tidak sihat semasa satu siaran langsung, memaksa ia dihentikan.
Beliau mendakwa alami sakit perut semasa siaran berkenaan.
Tinjauan pendapat mendedahkan, Erdogan tidak akan melalui dengan mudah proses pilihan raya kali ini walaupun ramai berpandangan beliau akan terus kekal berkuasa.
Beberapa dasar ekonomi beliau yang tidak popular, masalah inflasi dan kos sara hidup yang tinggi antara beberapa perkara perlu dititik beratkan pengundi, tetapi didakwa tidak begitu dihiraukan Erdogan.
Topic Berkaitan
#Recep Tayyip Erdogan
#PRU
#siri kempen
#Kemal Kilic-Daroglu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan