awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU2025 Singapura: PAP mendahului dengan 87 kerusi menerusi kiraan sampel, WP menang 10

Bernama
Bernama
03/05/2025
15:40 MYT
PRU2025 Singapura: PAP mendahului dengan 87 kerusi menerusi kiraan sampel, WP menang 10
Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura dijangka mengekalkan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025) dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen. - Foto REUTERS/Edgar Su
SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura dijangka mengekalkan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025) dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen, menurut keputusan kiraan sampel setakat 10.55 Sabtu malam.
Parti Pekerja (WP) pula dijangka memperoleh 10 kerusi, sekali gus dilihat bakal mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum 2020 di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Hougang, dan Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Sengkang serta Aljunied.
Keputusan awal ini adalah berdasarkan kiraan sampel yang dijalankan pada permulaan proses pengiraan bagi memberikan petunjuk awal mengenai kemungkinan keputusan bagi setiap bahagian pilihan raya.
Bagaimanapun, keputusan akhir mungkin berbeza kerana wujud jidar selisih dalam kaedah kiraan sampel.
Jabatan Pilihan Raya (ELD) menasihatkan orang ramai agar menunggu pengumuman rasmi keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Han Kok Juan, yang akan disiarkan secara langsung di televisyen.
"Proses pengiraan masih berjalan," menurut kenyataan jabatan itu.
Ini merupakan Pilihan Raya Umum ke-19 di Singapura dan ke-14 sejak kemerdekaan pada 1965.
Pada hari penamaan calon sebelum ini, PAP telah menang tanpa bertanding lima kerusi di Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Marine Parade-Braddell Heights.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU2025 Singapura
#PAP
#pilihan raya umum
#undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan