awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan

Bernama
Bernama
10/11/2024
11:05 MYT
Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan
Pihak berkuasa penerbangan Rusia menghentikan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo, Zhukovsky, dan Sheremetyevo buat sementara waktu. - Reuters
MOSCOW: Dua buah rumah dilaporkan terbakar dalam serangan dron Ukraine di Moscow, menurut Gabenor Wilayah Andrej Vorobiev, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Rumah-rumah itu terkena serpihan setelah dron-dron terbabit ditembak jatuh, menurut Vorobiev di Telegram.
Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.
Vorobiev menyifatkan insiden itu sebagai serangan dron berskala besar. Video di media sosial menunjukkan rumah-rumah yang sedang terbakar.
Menjelang 10 pagi (0700 GMT), Moscow berjaya menangkis 23 dron, menurut Datuk Bandar Sergei Sobyanin.
Kawasan yang paling terjejas di sekitar ibu kota termasuk Ramenskoye, Domodedovo, dan Kolomna, katanya.
Sistem pertahanan udara masih beroperasi.
Sementara itu, Xinhua melaporkan pihak berkuasa penerbangan Rusia menghentikan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo, Zhukovsky, dan Sheremetyevo buat sementara waktu pada Ahad berikutan potensi serangan dron.
"Untuk memastikan keselamatan penerbangan pesawat awam, sekatan sementara telah dilaksanakan bagi operasi di Lapangan Terbang Domodedovo dan Zhukovsky mulai 8.03 pagi waktu Moscow, 10 Nov.
"Operasi penerbangan ditangguhkan buat sementara waktu," kata Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Rusia dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan dron
#Moscow
#kebakaran
#Rusia
#mangsa cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan