JAKARTA: Keseronokan menikmati persembahan muzik di sebuah festival muzik di Jakarta, Indonesia terjejas dengan insiden penonton yang terlalu sesak dan berhimpit hingga ada puluhan daripada mereka pengsan serta memerlukan rawatan kecemasan.
Itu yang terjadi dalam acara Festival Berdendang Bergoyang yang dilangsungkan di Istora Senayan, pada Sabtu.
Media tempatan melaporkan, insiden itu terjadi kerana dipercayai penonton dan pengunjung yang dilepaskan masuk ke festival itu melebihi kapasiti.
"Di kawasan acara terlalu ramai, sudah banyak yang pengsan tadi. Mangsanya mencapai puluhan orang,” ujar Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Komarudin seperti yang dilapor portal Detikcom.
Tambah Komarudin, beberapa penonton juga mengalami kecederaan ringan termasuk luka melecet akibat bersesakan.
"Festival Berdendang Bergoyang yang dianjurkan di Istora ini terpaksa kami hentikan kerana situasi khalayak yang melebihi kapasiti dan berbahaya,” katanya yang mengarahkan festival itu menutup acara pada jam 10 malam, lebih awal dari yang dijadualkan.
Menurut seorang warga Malaysia yang enggan namanya dikenali, dia menyedari sesuatu yang buruk bakal terjadi pada festival berkenaan sejak menghadirinya pada hari Jumaat.
Dia yang datang untuk menyaksikan persembahan pilihannya, iaitu penyanyi Tulus, mengakui keadaan di tapak persembahan agak sesak, kerana dipercayai pihak penganjur menjual tiket melebihi kapasiti kawasan pengunjung.
“Persembahan Tulus di pentas paling besar di kawasan terbuka. Masa nak masuk tu sudah berlaku aksi tolak-menolak. Nak keluar selepas itu pun agak susah,” ujarnya yang sedaya upaya mencari jalan keluar selepas Tulus membuat persembahan.
Dia melupakan saja niatnya untuk menikmati persembahan artis lain yang turut dijadual beraksi, seperti Melly Goeslaw, Padi dan Yura Yunita.
Apabila ditanya mengenai aspek pemeriksaan di pintu masuk, pengunjung Malaysia yang bertugas dalam dunia penyiaran itu berkata: “Semuanya seperti tidak dirancang dengan baik. Gelang tangan yang diberi kepada penonton sebenarnya tiada barcode atau cip mikro. Pengawal hanya periksa ala kadar, jadi kalau ada penonton yang tipu pun bukannya mereka tahu.”
Lebih mengundang risiko, menurutnya, tiada tanda keluar atau masuk yang sewajarnya di lokasi festival dan ruang penonton.
“Saya lihat tiada laluan yang khusus untuk pergerakan orang masuk dan keluar. Semua satu pintu sahaja. Maka, setiap kali berakhir satu-satu persembahan, penonton terpaksa bersesakan untuk bergerak dari satu pentas ke pentas yang lain.
"Di situ, insiden bertolak-tolakan terjadi hingga boleh membawa kepada aksi merusuh,” jelasnya yang lega dirinya terhindar daripada sebarang masalah.
Dalam perkembangan terkini, perjalanan konsert untuk hari ketiga (Ahad, 30 Oktober) hari ini dibatalkan oleh pihak polis. Notis pembatalan itu telah diumumkan pihak penganjur acara melalui Instagram.
Langkah itu diambil atas sebab-sebab keselamatan.
"Keputusan membatalkan acara ini kami terima secara langsung dari pihak yang berwajib. Kami juga berterima kasih kepada para penonton yang sudah menonton di hari pertama dan kedua," kata penganjur yang juga akan mengumumkan soal pengembalian wang tiket pada sebelah petang hari ini.
Astro Awani
Sun Oct 30 2022
Selain kejadian penonton pengsan, ada juga yang mengalami kecederaan ringan termasuk luka melecet akibat bersesakan di Festival Berdendang Bergoyang di Istora Senayan. - Sumber Astro AWANI
"Kamu orang Kelantan, tak tau" - YB Seri Gading
YB Seri Gading membidas YB Pasir Mas dengan sejarah di sebalik Pulau Batu Puteh.
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
DUB menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000, manakala DMM menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000.
Puluhan penonton pengsan terhimpit, khalayak festival muzik di Jakarta lebihi kapasiti
Seorang rakyat Malaysia yang menghadiri acara berkenaan menceritakan semula situasi yang dialaminya.