PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pegangan saham sejak tahun lalu.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan laporan media berhubung pemilikan saham dalam syarikat Awanbiru Technology Berhad.
Advertisement
“Saya tidak mempunyai sebarang saham lagi, tunjukkan kepada saya fakta jika saya masih mempunyai saham, Awan Biru mana? Saya tidak tahu,” katanya ketika sidang media khas di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.
Azam turut menegaskan sebarang dakwaan yang mengatakan beliau masih memegang sebarang aset adalah tidak benar dan berniat jahat.
“Sejak Julai lalu, saya tidak memiliki sebarang saham, sehingga hari ini saya tidak memiliki satu unit saham dalam mana-mana syarikat, akaun saya kosong,” katanya.
Azam turut menegaskan sebarang dakwaan yang mengatakan beliau masih memegang sebarang saham adalah tidak benar dan berniat jahat.
“Sejak Julai lalu, saya tidak memiliki sebarang saham, sehingga hari ini saya tidak memiliki satu unit saham dalam mana-mana syarikat, akaun saya kosong,” katanya.
Menyentuh mengenai peraturan seorang pegawai penjawat awam boleh membeli saham termasuk debentur, bon dan sekuriti lain tidak melebihi lima peratus daripada modal dibayar atau RM100,000 pada nilai semasa, Azam menjelaskan bahawa pegangan saham beliau tidak melibatkan modal berbayar, sebaliknya diperoleh melalui pembelian di pasaran saham.
“Jika ada yang mengatakan ia masih di bawah modal berbayar, namun saya membelinya pada kadar 1.25 peratus daripada jumlah saham yang ditawarkan kepada orang awam,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa pemilikan saham tersebut telah diisytiharkan melalui Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Namun, beliau menjelaskan bahawa tiada undang-undang yang mewajibkan penjawat awam mengisytiharkan aset kepada orang awam.
“Setakat pengetahuan saya, di seluruh dunia, pengisytiharan aset wujud melalui sistem tertentu, tetapi tidak untuk didedahkan kepada orang awam,” katanya lagi.
Selain dakwaan mengenai Awan Biru, beliau turut menafikan laporan bahawa beliau masih memiliki 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Bhd, dianggarkan bernilai hampir RM800,000.
Pada masa sama, beliau juga tidak menafikan laporan sedemikian bertujuan untuk merendahkan reputasinya selaku Pesuruhjaya SPRM.
“Jika ada pihak yang cuba bangkitkan perkara ini sekali lagi, saya akan buat permohonan injunksi,” katanya.
Terdahulu, Bloomberg melaporkan Azam dan SPRM tidak memberikan sebarang komen mengenai isu pegangan saham tersebut.