awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan ribu berhimpun di Washington DC, bersolidariti bersama rakyat Palestin

Bernama
Bernama
05/11/2023
05:54 MYT
Puluhan ribu berhimpun di Washington DC, bersolidariti bersama rakyat Palestin
Puluhan ribu peserta berarak dan berhimpun di Washington pada Sabtu bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin. -Reuters
WASHINGTON: Puluhan ribu peserta berarak dan berhimpun di Washington pada Sabtu bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin, menggesa gencatan senjata segera di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang terkepung.
Perarakan yang bertema "National March on Washington for Free Palestine," menyaksikan puluhan ribu penunjuk perasaan dari seluruh Amerika Syarikat (AS) berarak ke Freedom Plaza Washington DC bagi menuntut keganasan Israel dihentikan serta-merta, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Demonstrasi kali ini merupakan antara sokongan solidariti terbesar untuk rakyat Palestin setakat ini.
Perarakan itu diadakan serentak dengan protes serupa di bandar-bandar lain di seluruh dunia, dan ia merupakan sebahagian daripada usaha menyeru gencatan senjata kedua-dua pihak serta menamatkan bantuan ketenteraan AS dan Barat kepada Israel.
Brian Becker, iaitu pengarah gabungan Answer dalam ucapannya di perhimpunan itu berkata bahawa sokongan orang ramai di AS untuk rakyat Palestin telah "memasuki era baharu tidak seperti sebelum ini."
Menurut Becker, perubahan berlaku "secara pantas," tetapi bukan semata-mata disebabkan oleh tindakan di Kongres atau Rumah Putih. Sebaliknya, ia timbul hasil usaha masyarakat dan individu yang sanggup turun ke jalanan.
"Perubahan datang daripada kami... Kami menghantar mesej yang kuat, mesej yang sangat kuat kepada Joe Biden: jika anda menyokong pembunuhan beramai-ramai, kami menganggap anda bersalah atas genosid," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Washington
#gencatan senjata
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan