Skip to main content

Dunia

Puluhan terkorban akibat hujan lebat di tenggara Brazil

A drone view shows debris of a collapsed building at the JK neighbourhood after deadly heavy rains, in Juiz de Fora, Minas Gerais state, Brazil, February 24, 2026. REUTERS/Pilar Olivares
Hujan lebat yang bermula pada petang Isnin mencetuskan tanah runtuh, menyebabkan air sungai di kawasan bandar melimpah serta pokok tumbang. - Reuters

RIO DE JANEIRO: Angka korban akibat hujan lebat di negeri Minas Gerais, tenggara Brazil meningkat kepada 30 orang dengan 39 lagi dilaporkan hilang, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa, lapor Xinhua.

Hujan lebat yang bermula pada petang Isnin mencetuskan tanah runtuh, menyebabkan air sungai di kawasan bandar melimpah serta pokok tumbang, selain merosakkan bangunan dan mengakibatkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal, menurut jabatan bomba tempatan.

Advertisement

Bandar Juiz de Fora dan Uba antara kawasan yang paling teruk terjejas, dengan Juiz de Fora mengisytiharkan darurat bencana pada awal Selasa.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, menurut jabatan bomba negeri. Gabenor negeri Romeu Zema mengisytiharkan tempoh berkabung rasmi selama tiga hari di seluruh Minas Gerais.

Sementara itu, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva menerusi media sosial menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan orang tersayang.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video