WASHINGTON: Pusat Islam San Diego di California dikenakan sekatan pergerakan pada Selasa sebagai langkah berjaga-jaga susulan ancaman, dengan polis menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan itu, lapor Anadolu Ajansi.
"Pusat Islam San Diego kini dikenakan sekatan pergerakan sebagai langkah berjaga-jaga," menurut Jabatan Polis San Diego menerusi platform media sosial X, sambil memaklumkan bahawa anggota polis ditempatkan di lokasi berkenaan bagi memastikan keselamatan semua pihak.
"Sila elakkan kawasan ini," menurut jabatan berkenaan.
Jabatan itu kemudiannya mengeluarkan amaran keselamatan awam dengan meminta orang ramai berwaspada terhadap sebuah kenderaan Toyota 4Runner berwarna kelabu keluaran 2015, dengan nombor pendaftaran New York KGN3027.
PUBLIC SAFETY ALERT: Be on the lookout for a 2015 gray Toyota 4Runner, New York license plate KGN3027. If located, do not approach the vehicle. Call 911 immediately.
— San Diego Police Department (@SanDiegoPD) October 27, 2026
"Sekiranya kenderaan itu ditemukan, jangan menghampirinya. Hubungi talian kecemasan 911 dengan segera," menurut amaran itu.
Stesen penyiar tempatan ABC 10 News melaporkan bahawa sekatan pergerakan itu dilaksanakan susulan ancaman, menyebabkan pihak pengurusan tertinggi pusat berkenaan mengambil langkah memastikan keselamatan premis serta memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa murid yang bersekolah di situ.
-- BERNAMA-ANADOLU