awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Andew bayar semula wang dipertikaikan dalam kes mahkamah

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2022
00:15 MYT
Putera Andew bayar semula wang dipertikaikan dalam kes mahkamah
Difahamkan bahawa 750,000 pound telah dibayar balik oleh putera raja itu kepada Isbilen. - Foto fail/REUTERS
LONDON: Duke dan Duchess of York telah dinamakan dalam kes mahkamah apabila seorang jutawan Turki mendakwa £38 juta telah "disalahgunakan secara tidak jujur" oleh seorang penasihat perniagaan.
Mahkamah Tinggi di London telah mendengar dakwaan bahawa "jumlah besar" daripada Nebehat Isbilen telah dibayar kepada Putera Andrew dan bekas isterinya Sarah.
Difahamkan bahawa £750,000 telah dibayar balik oleh putera raja itu kepada Isbilen.
Penasihat perniagaan, Selman Turk, telah menolak dakwaan itu.
Kes mahkamah yang kompleks itu melibatkan dakwaan yang dibawa oleh Isbilen yang berusia 77 tahun bahawa penasihat perniagaannya,Turk, telah menyalahgunakan dananya.
Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa antara perbelanjaan dan pelaburan yang dipersoalkan adalah pembayaran kepada Putera Andrew dan Sarah, Duchess of York.
Menurut kertas mahkamah, Isbilen mendakwa Turk menasihatinya untuk memberikan "hadiah" sebanyak £750,000 kepada Putera Andrew, yang didakwanya telah disalah anggap untuk mendapatkan bantuan terhadap pasportnya.
Jumlah ini telah dipindahkan daripada akaunnya pada 15 November 2019.
"Representasi bahawa Isbilen perlu memberikan hadiah kepada Duke of York berkaitan dengan pasportnya (atau untuk sebarang tujuan lain) adalah palsu," kata pasukan peguamnya dalam tuntutan ketidakjujuran mereka terhadap Turk.
TAHAN POLITIK
Wakil Putera Andrew tidak mengulas mengenai kes mahkamah yang sedang berjalan.
Tetapi difahamkan, putera raja itu tidak mengetahui sebarang perjanjian antara Isbilen dan Turk.
Difahamkan putera raja itu juga telah memulangkan £750,000 kepada Isbilen.
Penemuan pembayaran kepada Putera Andrew muncul selepas perintah mahkamah membenarkan pemeriksaan terhadap urusan kewangan Turk, ketika peguam Isbilen cuba menentukan lokasi asetnya.
Kertas mahkamah menunjukkan sebahagian daripada wang yang hilang telah dikaitkan oleh Turk kepada kos profesional dan pelaburan yang tidak berjaya, tetapi terdapat tuntutan sejumlah besar yang masih perlu dijelaskan.
Mahkamah Tinggi telah diberitahu Isbilen memerlukan bantuan untuk memindahkan aset keluar dari Turki selepas suaminya menjadi tahanan politik dan Turk dipercayai untuk membantu.
Peguam Isbilen, Jonathan Tickner, berkata anak guamnya telah menjadi "mangsa penipuan serius dan salah laku kewangan" serta bertekad untuk meneruskan tuntutannya terhadap semua yang terlibat.
Dokumen mahkamah menunjukkan Turk telah mempertikaikan dakwaan itu dan tidak bersetuju dengan pemahaman Isbilen tentang cara asetnya dikendalikan.
Turk juga pernah menjadi pemenang anugerah di inisiatif perniagaan Pitch at the Palace, yang diketuai oleh Putera Andrew.
Topic Berkaitan
#Putera Andrew
#Nebehat Isbilen
#Selman Turk
#penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan