awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis keluarga Beckham: Pertikaian cap dagang dedah retak dalam keluarga selebriti
Model baharu jam tangan mewah ciri-ciri bilionair India, Mukesh Ambani dianggar bernilai AS$1.5 juta
Kereta kebal Israel bedil tentera Lubnan semasa misi bersama pasukan pengaman PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Harry bidas Trump: “Pengorbanan tentera NATO di Afghanistan wajar dihormati”

Agensi
Agensi
23/01/2026
23:20 MYT
Putera Harry bidas Trump: “Pengorbanan tentera NATO di Afghanistan wajar dihormati”
Putera Harry pernah ditugaskan ke Afghanistan selama hampir 10 minggu pada 2007–2008, dan kembali untuk penugasan kedua selama empat bulan pada 2012. - Gambar fail AP
PUTERA Harry tampil mempertahankan anggota NATO yang berkhidmat di Afghanistan susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa pasukan sekutu “berada jauh dari barisan hadapan” ketika operasi ketenteraan berlangsung.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi jurucakapnya, Duke of Sussex itu menegaskan, pengorbanan anggota tentera sekutu “wajar diperkatakan secara jujur dan penuh hormat.”
Harry mengingatkan bahawa pada tahun 2001, NATO mengaktifkan Artikel 5 buat kali pertama dan satu‑satunya dalam sejarah yang mewajibkan semua negara anggota berdiri bersama Amerika Syarikat selepas serangan 11 September.
“Negara‑negara sekutu menyahut seruan itu,” katanya.
Bekas pegawai tentera British itu turut berkongsi pengalaman peribadi.
“Saya berkhidmat di sana. Saya membina persahabatan sepanjang hayat. Dan saya kehilangan rakan seperjuangan,” katanya.
Menurut Harry, 457 anggota tentera Britain terkorban sepanjang operasi di Afghanistan.
Beliau menambah bahawa ribuan nyawa lagi berubah selamanya - ada ibu bapa yang terpaksa menguburkan anak mereka dan ada anak yang membesar tanpa salah seorang ibu bapa.
“Pengorbanan itu wajar diperkatakan dengan jujur dan penuh hormat, ketika kita kekal bersatu dalam mempertahankan diplomasi dan keamanan,” tegasnya.
Putera Harry ditugaskan ke Afghanistan selama hampir 10 minggu pada 2007–2008, dan kembali untuk penugasan kedua selama empat bulan pada 2012.
Dalam autobiografinya yang diterbitkan pada 2023, beliau menceritakan pengalamannya sebagai anggota tentera di Afghanistan, termasuk mendakwa telah menewaskan 25 pejuang Taliban ketika bertugas sebagai juruterbang helikopter Apache. - Agensi
Topic Berkaitan
#Putera Harry
#tentera NATO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan