awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sistem kehakiman syariah mesra rakyat keutamaan Sarawak - Abang Johari
Johor Royal Press Office siar gambar eksklusif arkib Almarhum Sultan Iskandar
Duta AS ucap selamat tinggal kepada Sabah, janji akan kembali untuk tawan Gunung Kinabalu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin akan bincang bersama Utusan Khas AS guna aset dibekukan sokong Lembaga Keamanan

Bernama
Bernama
22/01/2026
21:10 MYT
Putin akan bincang bersama Utusan Khas AS guna aset dibekukan sokong Lembaga Keamanan
Presiden Putin (kanan) mengadakan pertemuan dengan Presiden Mahmoud Abbas di Kremlin, Moscow pada Khamis. - Gambar Reuters
ISTANBUL: Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Khamis berkata, beliau akan membincangkan penggunaan aset Rusia yang dibekukan bagi menyokong Lembaga Keamanan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semasa pertemuan dengan Utusan AS di Moscow lewat Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Putin membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Kremlin, menjelang rundingannya dengan Utusan Khas AS, Steve Witkoff dan menantu Trump, Jared Kushner.
"Kami bersedia menyalurkan AS$1 bilion kepada struktur baharu ini," kata Putin, merujuk kepada Lembaga Keamanan.
"Keutamaan adalah untuk menyokong rakyat Palestin dan menyalurkan dana ini kepada pembinaan semula Semenanjung Gaza serta, secara keseluruhan, penyelesaian masalah Palestin."
Beliau berkata, isu aset Rusia yang dibekukan dibincangkan dengan AS dan pendekatan Rusia terhadap isu Palestin dan penyelesaian di Timur Tengah adalah "berprinsip dan bukan bersifat oportunis."
Terdahulu pada Khamis, Witkoff berkata pada satu acara berkaitan Ukraine di Davos bahawa "banyak kemajuan" dicapai dalam rundingan damai Rusia-Ukraine, dan rundingan kini "tinggal satu isu sahaja."
Minggu lalu, White House mengumumkan penubuhan Lembaga Keamanan. Puluhan negara dijemput untuk menjadi ahli, dan dengan bayaran AS$1 bilion, mereka dilaporkan boleh menganggotai lembaga itu secara tetap.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengesahkan awal minggu ini yang beliau turut dijemput menyertai lembaga itu, namun mempersoalkan bagaimana Ukraine boleh mengambil bahagian bersama Rusia dan Belarus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#Mahmoud Abbas
#Lembaga Keamanan
#aset Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan