awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Hilang ibu angkat, 70 ekor kucing, lima anjing sekelip mata'
'Jumpa dua minggu lalu beri duit belanja, hari ini terima berita ibu rentung'
Iran rancang hantar 300 hingga 350 atlet ke Sukan Asia 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin cadang lanjutkan perjanjian kawalan senjata nuklear Rusia-AS setahun lagi

Bernama
Bernama
22/09/2025
22:30 MYT
Putin cadang lanjutkan perjanjian kawalan senjata nuklear Rusia-AS setahun lagi
Putin cadangkan Rusia dan AS lanjutkan had utama dalam perjanjian kawalan senjata nuklear terakhir yang masih berbaki, iaitu Perjanjian New START, untuk tempoh setahun lagi menjelang tarikh tamatnya pada 5 Feb 2026. - Gambar Reuters
MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Isnin mencadangkan agar Rusia dan Amerika Syarikat (AS) melanjutkan had utama dalam perjanjian kawalan senjata nuklear terakhir yang masih berbaki, iaitu Perjanjian New START, untuk tempoh setahun lagi menjelang tarikh tamatnya pada 5 Feb 2026, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Bagi mengelakkan perlumbaan senjata nuklear strategik yang berterusan dan bagi menjamin keselamatan global, Putin berkata, beliau percaya adalah wajar mengekalkan status quo yang ditetapkan oleh New START.
Beliau menegaskan, Moscow akan mematuhi "had kuantitatif" perjanjian itu selama setahun selepas tamat tempoh pada 2026, dengan syarat Washington melakukan perkara sama.
Perjanjian New START 2010 mengehadkan setiap pihak kepada 1,550 kepala ledak nuklear strategik yang dikerahkan serta menetapkan had ke atas jumlah peluru berpandu balistik antara benua dan pelancar, dengan peruntukan bagi pemeriksaan bersama.
Ia dibina berasaskan perjanjian asal START yang ditandatangani Presiden Soviet, Mikhail Gorbachev dan Presiden AS, George HW Bush.
Rusia menggantung penyertaannya dalam perjanjian itu pada 2023, kira-kira setahun selepas melancarkan pencerobohan berskala penuh ke atas Ukraine.
Putin sebelum ini menyatakan sokongan NATO terhadap serangan Ukraine ke atas sasaran strategik di Rusia sebagai alasan menghalang pemeriksa Barat, namun menegaskan, Moscow tetap menghormati had kepala ledak yang ditetapkan walaupun perjanjian digantung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#kawalan senjata nuklear
#Perjanjian New START
#rusia-amerika syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan