awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin mungkin akan ditahan jika lawat Afrika Selatan

Bernama
Bernama
29/04/2023
02:45 MYT
Putin mungkin akan ditahan jika lawat Afrika Selatan
Winde berkata, jika Putin (gambar) datang ke Western Cape, pegawai Pelan Penguatkuasaan Undang-undang yang dibiayai kerajaan Western Cape sendiri, akan menahannya. - Gambar fail
JOHANNESBURG: Presiden Rusia Vladimir Putin yang dijadual melawat Afrika Selatan pada Ogos mungkin akan ditahan jika beliau menjejakkan kaki di wilayah Western Cape, lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan pemimpin wilayah itu.
"Putin secara konsisten dan ganas menghakis kebebasan rakyat Ukraine dan terhadap mereka di negaranya sendiri yang berani mengambil pendirian menentang tindakan kejamnya," kata perdana menteri wilayah itu Alan Winde dalam satu kenyataan pada Khamis.
Bulan lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas Putin yang dijangka menghadiri persidangan BRICS di wilayah Western Cape.
BRICS ialah negara blok ekonomi yang merangkumi Rusia, Brazil, India, China dan Afrika Selatan.
Awal bulan ini, Presiden Cyril Ramaphosa berkata parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) yang memerintah memutuskan untuk menarik diri daripada ICC.
Namun, pejabatnya serta-merta menarik balik kenyataan itu dengan mengatakan ia merupakan kesilapan komunikasi dan Afrika Selatan akan kekal sebagai penandatangan Statut Rom.
"Walaupun ada waran tangkap, kerajaan nampaknya mahu meneruskan dan menjadi tuan rumah kepada Presiden Putin pada sidang kemuncak BRICS di Afrika Selatan yang dijadualkan pada akhir tahun ini. Ini tidak boleh diterima dan menyedihkan," kata Winde.
Beliau berkata jika Putin datang ke Western Cape, pegawai Pelan Penguatkuasaan Undang-undang (LEAP) yang dibiayai kerajaan Western Cape sendiri, akan menahannya.
"Jika Perkhidmatan Polis Afrika Selatan tidak diarahkan untuk bertindak, kami akan melakukannya," katanya.
Winde berkata wilayahnya, termasuk bandar pelancongan Cape Town, bukan sahaja akan memperjuangkan hak asasi dan kebebasan rakyat Afrika Selatan, bahkan bersedia untuk menunjukkan solidariti dengan Ukraine dengan mengambil pendirian menentang kekerasan Rusia ke atas orang awamnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#Afrika Selatan
#konflik Rusia-Ukraine
#waran tangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan