awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puting beliung di selatan AS ragut 30 nyawa

Bernama
Bernama
14/04/2020
04:56 MYT
Puting beliung di selatan AS ragut 30 nyawa
Penduduk berjalan sambil membawa barang bekalan di sebatang yang ditutup kepada kenderaan akibat rosak teruk susulan puting beliung yang melanda awal pagi Isnin, 13 April, 2020 di East Brainerd, Tennessee. (Foto AP)
Lebih 30 orang maut selepas puting beliung membadai seluruh negeri di selatan Amerika Syarikat pada Ahad dan Isnin, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa.
Puting beliung itu dilaporkan membadai negeri seperti Texas, Arkansas, Louisiana, Mississippi, Alabama, Georgia, Carolina Utara dan Selatan serta Tennessee.
Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi pada Isnin berkata sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh di Mississippi, sementara sembilan terkorban di Carolina Selatan dan tujuh orang di Georgia.
Selain itu, Carolina Utara, Tennessee, dan Arkansas melaporkan sekurang-kurangnya satu kematian.
BACA: Enam terbunuh puting beliung landa Amerika Syarikat
Lebih sejuta rumah dan perniagaan mengalami gangguan bekalan elektrik, menurut poweroutage.us.
Ribut juga menyebabkan kecederaan, rumah rosak, pokok tumbang dan penutupan jalan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AS
#jumlah kematian
#maut
#Mississippi
#puting beliung
#Tennessee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan