awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pyongyang didakwa lancar peluru berpandu balistik

Bernama
Bernama
12/07/2023
03:37 MYT
Pyongyang didakwa lancar peluru berpandu balistik
Kementerian Pertahanan Jepun sedang menyiasat implikasi pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara terhadap Jepun, tambah laporan itu. - Gambar fail/AP
TOKYO: Korea Utara dipercayai telah melancarkan peluru berpandu balistik pada Rabu, lapor Sputnik.
"Menurut data Kementerian Pertahanan Jepun, Korea Utara mungkin telah melaksanakan pelancaran peluru berpandu balistik," menurut Pengawal Pantai Jepun dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, pesawat dan kapal digesa mengelak serpihan peluru berpandu sekiranya ada yang dikesan dan memaklumkan Pengawal Pantai Jepun sekiranya serpihan peluru itu dijumpai.
Ibu pejabat kecemasan juga ditubuhkan di bawah pejabat Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, sementara ketibaan menteri utama dijangka, lapor stesen penyiar Jepun NHK.
Pada masa yang sama, Kementerian Pertahanan Jepun sedang menyiasat implikasi pelancaran peluru berpandu balistik terhadap Jepun, tambah laporan itu.
Ia merupakan pelancaran yang ke-12 tahun ini dan yang pertama sejak 15 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#peluru berpandu balistik
#Jepun
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan