Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Qatar, Arab Saudi bincang usaha gencatan senjata AS-Iran

I wholeheartedly welcome the latest development in the current US-Iran war, in respect of the ten-point plan as proposed by Iran and positively received by the US.
Perkembangan itu berlaku ketika hubungan antara Washington dan Tehran dilihat semakin tegang selepas Presiden AS, Donald Trump, dilaporkan menolak cadangan balas damai yang dikemukakan Iran melalui perantaraan Pakistan minggu lalu. -Gambar hiasan

DOHA: Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani, mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud, bagi membincangkan perkembangan keselamatan serantau.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Qatar, kedua-dua pihak menyentuh mengenai hubungan dua hala serta usaha mengaktifkan semula pelan gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Sheikh Mohammed turut menggesa semua pihak terlibat memberikan respons positif terhadap usaha pengantaraan diplomatik yang sedang dijalankan.

“Langkah ini penting untuk menangani punca krisis melalui dialog serta mencapai penyelesaian yang mampan bagi mengelakkan peningkatan ketegangan,” menurut kenyataan itu yang dipetik daripada Al Jazeera.

Perkembangan itu berlaku ketika hubungan antara Washington dan Tehran dilihat semakin tegang selepas Presiden AS, Donald Trump, dilaporkan menolak cadangan balas damai yang dikemukakan Iran melalui perantaraan Pakistan minggu lalu.

Ketegangan turut memuncak susulan kenyataan Iran mengenai sekatan terhadap pergerakan peralatan ketenteraan tertentu di Selat Hormuz.

Qatar dan Arab Saudi, yang merupakan sekutu utama AS di rantau Teluk, kini meningkatkan usaha diplomatik bagi mengurangkan risiko pertembungan ketenteraan yang boleh menjejaskan rantaian bekalan tenaga global.

Must Watch Video