awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar gesa bentuk jawatankuasa antarabangsa siasat jenayah Israel di Gaza

Bernama
Bernama
21/11/2023
03:50 MYT
Qatar gesa bentuk jawatankuasa antarabangsa siasat jenayah Israel di Gaza
Bangunan yang hancur musnah di Semenanjung Gaza akibat serangan tentera rejim Zionis Israel. - Foto AP
DOHA: Kementerian Luar Qatar pada Isnin menggesa pembentukan jawatankuasa antarabangsa untuk menyiasat jenayah yang dilakukan Israel terhadap orang awam di Semenanjung Gaza.
Gesaan itu dibuat menerusi satu kenyataan yang turut mengutuk pengeboman Israel ke atas Hospital Indonesia di utara Gaza hingga menyebabkan beberapa rakyat Palestin maut dan cedera, lapor Agensi Anadolu.
Kementerian Luar itu menyifatkan tindakan menyerang hospital, sekolah dan kediaman secara terang-terangan itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva.
"Masyarakat antarabangsa perlu mengambil tindakan segera untuk menghalang Israel daripada melakukan lebih banyak pembunuhan dan menyediakan perlindungan untuk lebih 2,000 orang yang hilang tempat tinggal yang mencari perlindungan di hospital (Indonesia)," menurut kenyataan itu.
Terdahulu pada Isnin, Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza memaklumkan bahawa 12 rakyat Palestin terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera akibat serangan udara Israel ke atas Hospital Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#jenayah
#jawatankuasa antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan