awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza

Bernama
Bernama
03/02/2025
22:50 MYT
Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza
Qatar melancarkan jambatan udara dari Pangkalan Udara Raja Abdullah II di Jordan ke kawasan Al-Qarara di selatan Gaza Khan Younis untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan, 3 Feb 2025. - Foto Kementerian Luar Qatar
DOHA: Qatar pada Isnin melancarkan jambatan udara dari Pangkalan Udara Raja Abdullah II di Jordan ke kawasan Al-Qarara di selatan Gaza Khan Younis untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada penduduk Gaza, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Qatar.
"Sejak bermulanya gencatan senjata (Gaza), Qatar telah menghantar 65 trak bantuan merentasi sempadan Jordan.
"Hari ini, sebagai lanjutan jambatan darat ini, kami menyaksikan pelancaran dua penerbangan helikopter yang sarat dengan bekalan perubatan penting kepada Khan Younis," kenyataan itu memetik Menteri Negara Qatar bagi Kerjasama Antarabangsa Maryam binti Ali bin Nasser Al Misnad sebagai berkata.
Qatar Charity dan Pertubuhan Amal Hashemite Jordan juga menandatangani perjanjian untuk memudahkan aliran bantuan kemanusiaan Qatar melalui laluan darat melalui Jordan, tambah kenyataan itu.
"Qatar telah menyediakan 20,000 khemah, diangkut melalui jambatan darat dari Qatar ke Jordan. Kami bekerjasama dengan Pertubuhan Amal Hashemite Jordan untuk menghantarnya kepada saudara kami di Gaza," kata menteri Qatar itu.
Qatar Launches Air Bridge from Jordan to Deliver Medical Supplies to Gaza#MOFAQatar pic.twitter.com/lBVeLiahXz
— Ministry of Foreign Affairs - Qatar (@MofaQatar_EN) February 3, 2025
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#bantuan kemanusiaan
#Qatar
#jambatan udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan