LONDON: Raja Britain Raja Charles III ketika ini berada dalam keadaan yang "sangat baik".

Perkara itu dimaklumkan Permaisuri Ratu Camilla dalam perkongsian pertamanya sejak Raja Charles disahkan menghidap kanser.

Camilla turut berkongsi bagaimana Charles tersentuh dengan mesej sokongan dan doa-doa daripada rakyat jelata.

Pewaris takhta, Putera William turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas ucapan dan doa mereka kepada bapanya dan isterinya, Kate yang turut selesai menjalani pembedahan bru-baru ni.

Kate, 42, menjalani pembedahan perut pada 16 Januari lalu dan kemudian menghabiskan dua minggu di hospital untuk rawatan.

Dalam masa yang sama, Charles, 75, telah menjalani rawatan prostat, sebelum Istana Buckingham mengumumkan pada Isnin bahawa baginda menghidap kanser.

Apabila Charles yang mengumumkan menangguhkan tugas awam, manakala Kate pula sedang menjalani rawatan, tanggungjawab monarki kini terletak kepada kerabat diraja yang lain terutama William dan Camilla.