awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Charles III secara rasmi diisytihar raja Australia, New Zealand

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2022
00:15 MYT
Raja Charles III secara rasmi diisytihar raja Australia, New Zealand
Kedua-dua bekas tanah jajahan British itu merdeka selama beberapa dekad tetapi mengekalkan raja sebagai ketua negara mereka. - Foto AP
SYDNEY: Raja Charles III secara rasmi dinamakan sebagai raja di Australia dan New Zealand pada Ahad, dalam upacara serentak menandakan kenaikan takhta baginda.
Di Canberra, Gabenor Jeneral David Hurley mengisytiharkan “Putera Charles Philip Arthur George menjadi Raja Charles III, dengan rahmat Tuhan, Raja Australia”.
Pada majlis yang sama di Wellington, Perdana Menteri Jacinda Ardern memuji Raja Charles III dengan merujuknya sebagai sudah lama menyayangi Aotearoa New Zealand.
Malah Arden berkata, Raja Charles III secara konsisten menunjukkan keprihatinannya yang mendalam terhadap New Zealand.
Kedua-dua upacara itu adalah formaliti sahaja.
Kedua-dua bekas tanah jajahan British itu merdeka selama beberapa dekad tetapi mengekalkan raja sebagai ketua negara mereka.
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, yang akan berlepas ke London minggu ini untuk menghadiri pengebumian Ratu Elizabeth II, mengumumkan 22 September akan menjadi hari cuti umum di Australia untuk memperingati kemangkatannya.
Topic Berkaitan
#Ratu Elizabeth II
#Raja Charles III
#RAJA
#isytihar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan