awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein

Agensi
Agensi
09/02/2026
23:50 MYT
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
Walaupun Andrew berulang kali menafikan sebarang salah laku, pendedahan fail Epstein yang semakin meluas terus mencetuskan persoalan baharu.
LONDON: Istana Buckingham mengesahkan bahawa Raja Charles III bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung dakwaan yang mengaitkan adindanya, Andrew Mountbatten-Windsor, dengan isu perkongsian dokumen rasmi sulit kepada mendiang penjenayah seksual, Jeffrey Epstein.
Dalam satu kenyataan, istana memaklumkan, baginda mengambil serius pendedahan terbaharu yang timbul melalui fail Epstein, khususnya dakwaan bahawa Andrew telah menyerahkan maklumat sulit berkaitan tugas rasminya sebagai utusan perdagangan United Kingdom sekitar tahun 2010.
Pihak polis ketika ini sedang menilai maklumat tersebut bagi menentukan sama ada siasatan penuh perlu dimulakan.
Menurut kenyataan itu, Raja Charles menegaskan bahawa dakwaan berkenaan adalah tanggungjawab Andrew sendiri untuk dijawab, namun sebagai ketua negara, baginda bersedia memberikan segala bentuk sokongan yang diperlukan sekiranya pihak polis menghubungi istana.
Istana turut menyatakan bahawa raja dan permaisuri mengekalkan pendirian tegas menyokong semua mangsa penderaan dan menzahirkan simpati terhadap mereka yang terkesan.
Pihak polis sebelum ini mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang aktivis yang membangkitkan kemungkinan berlaku penyalahgunaan kedudukan serta pelanggaran kerahsiaan rasmi.
Antara dokumen yang dipercayai dihantar kepada Epstein termasuk laporan perjalanan dan butiran lawatan rasmi Andrew ke beberapa negara Asia Tenggara ketika menjalankan tugas kerajaan.
Krisis terbaharu ini kembali menekan reputasi Andrew yang sebelum ini telah dilucutkan gelaran serta tugas diraja susulan siri dakwaan berkaitan hubungannya dengan Epstein.
Walaupun Andrew berulang kali menafikan sebarang salah laku, pendedahan fail Epstein yang semakin meluas terus mencetuskan persoalan baharu.
Penganalisis diraja melihat perkembangan ini sebagai langkah luar biasa daripada istana, yang mencerminkan betapa seriusnya kesan pendedahan tersebut terhadap institusi monarki.
Situasi ini turut mengundang perhatian pemimpin kanan keluarga diraja yang menyuarakan kebimbangan terhadap implikasi terhadap mangsa serta reputasi negara.
Topic Berkaitan
#Jeffrey Epstei
#Fail Epstein
#Raja Charles III
#Putera Andrew
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan