awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Maghribi ampunkan 2,476 banduan

Bernama
Bernama
30/07/2024
02:10 MYT
Raja Maghribi ampunkan 2,476 banduan
The Throne Day yang disambut setiap tahun pada 30 Julai, memperingati ulang tahun pertabalan Raja Mohammed VI pada 1999. - Gambar fail/REUTERS
RABAT: Raja Maghribi Raja Mohammed VI berkenan mengampunkan 2,476 banduan sempena sambutan ulang tahun ke-25 baginda menduduki takhta yang juga dikenali sebagai "The Throne Day", menurut kenyataan Kementerian Kehakiman Maghribi pada Isnin.
Pengampunan itu diberikan kepada 2,278 banduan yang menerima pengurangan hukuman penjara, manakala 182 banduan lain menerima pembatalan hukuman penjara atau denda, atau kedua-duanya, lapor Agensi Berita Xinhua.
Selain itu, 16 banduan yang dihukum kerana kesalahan ekstremisme dan keganasan turut menerima pengampunan selepas menamatkan program pemulihan.
The Throne Day yang disambut setiap tahun pada 30 Julai, memperingati ulang tahun pertabalan Raja Mohammed VI pada 1999.
Pengampunan diraja secara tradisinya diberikan semasa perayaan kebangsaan utama atau perayaan keagamaan, menekankan peranan raja dalam sistem keadilan dan usaha perdamaian masyarakat di negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Maghribi
#pengampunan
#banduan
#The Throne Day
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan