awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Maori New Zealand mangkat pada usia 69 tahun

Bernama
Bernama
30/08/2024
09:45 MYT
Raja Maori New Zealand mangkat pada usia 69 tahun
Tuheitia akan disemayamkan di Turangawaewae Marae iaitu di kediaman rasmi raja. - Gambar fail/Reuters
WELLINGTON: Raja Maori New Zealand Tuheitia Pootatau Te Wherowhero mangkat pada usia 69 tahun, menurut kenyataan pejabat Tuheitia pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Raja Maori meninggal dunia di hospital selepas menjalani pembedahan jantung baru-baru ini, hanya beberapa hari selepas meraikan ulang tahun ke-18 pertabalan baginda.
"Kemangkatan Raja Kiingi Tuheitia adalah detik amat mendukacitakan bagi pengikut Te Kiingitanga, Maaoridom dan seluruh negara," menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon berkata beliau akan mengingati dedikasi raja kepada negara.
"Komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada rakyatnya dan usaha baginda yang tidak kenal lelah untuk menegakkan nilai dan tradisi Kiingitanga (King Movement) telah meninggalkan kesan mendalam kepada negara kita."
"Saya akan mengingati dedikasi baginda kepada Aotearoa New Zealand, komitmennya terhadap mokopuna (generasi akan datang), semangatnya untuk te ao Maori (dunia Maori), dan visinya untuk masa depan yang semua orang dilayan dengan bermaruah dan dihormati."
Tuheitia akan disemayamkan di Turangawaewae Marae, kediaman rasmi raja, selama lima hari sebelum dibawa ke tempat persemadiannya yang terakhir di Gunung Taupiri.
Ratusan ribu orang, termasuk pemimpin dari seluruh Pasifik, dijangka hadir di marae (tempat pertemuan komuniti suci dalam budaya Maori) untuk memberi penghormatan terakhir.
Kiingitanga diasaskan pada 1858 dengan tujuan untuk menyatukan Maori di bawah satu pemerintahan berdaulat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Maori New Zealand
#Tuheitia Pootatau Te Wherowhero
#meninggal dunia
#pembedahan jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan