Raja Bhumibol Adulyadej muncul di khalayak ramai, sesuatu yang jarang dilakukan, untuk menghadiri istiadat sambutan ulang tahun ke-64 Hari Pertabalan baginda.
Beribu-ribu rakyat berpakaian kuning berbaris di sepanjang jalan Hua Hin pada Isnin dekat istana di pinggir pantai ketika perarakan kereta yang membawa Raja Bhumibol melalui jalan itu menuju ke tempat berlangsungnya upacara mengikut agama Buddha sempena ulang tahun Hari Pertabalan baginda.
Upacara itu berlangsung di Istana Klai Kangwon iaitu tempat bersemayam Raja Bhumibol dan Permaisuri Sirikit.
Turut menghadiri upacara itu ialah anggota keluarga diraja dan para pegawai kerajaan termasuk Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.
Di Bangkok, politik dilupakan buat seketika ketika beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan berarak sejauh beberapa kilometer ke Grand Palace dan kuil Emerald Buddha bagi menghadiri sambutan ulang tahun Hari Pertabalan raja yang paling lama bertakhta di dunia.
Mereka yang menghadiri upacara itu semuanya memakai baju kuning.
"Dirgahayu Raja Bhumibol", teriak para penunjuk perasaan sepanjang perarakan mereka menuju ke destinasi dengan diketuai Suthep Thaugsuban, pemimpin Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat.
Bernama
Mon May 05 2014
Raja Bhumibol Adulyadej. --AFP PHOTO / Thai Royal Bureau
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Enggan iktiraf cuti umum Pertabalan Agong, syarikat swasta disiasat
Kementerian juga akan menjalankan siasatan berhubung kesahihan surat yang ditularkan menerusi media sosial itu.
#AgongKita: Saya dan Tuanku umpama satu roh, dua jasad - Rizalman Ibrahim
Menurut Datuk Rizalman Ibrahim, Raja Permaisuri Agong dan beliau berkongsi minat sama - daripada memasak sehinggalah kepada rekaan hiasan dalaman.
Agong berangkat ke majlis bacaan Yasin sempena pertabalan
Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 7.30 malam itu disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Raja paling lama bertakhta di dunia sambut ulang tahun ke-64 pertabalan
Politik dilupakan buat seketika ketika beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan berarak sejauh beberapa kilometer bagi menghadiri sambutan.