awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rajinikanth dinasihat berehat seminggu selepas dibenar keluar hospital

Agensi
Agensi
28/12/2020
07:21 MYT
Rajinikanth dinasihat berehat seminggu selepas dibenar keluar hospital
Rajinikanth yang berusia 70 tahun dinasihatkan oleh doktor supaya berehat selama seminggu dan mengelakkan diri daripada berhadapan tekanan. - Gambar fail AP
BINTANG filem ternama Tamil, Rajinikanth yang dimasukkan ke hospital pada Hari Krismas berikutan tekanan darah yang tidak stabil dilaporkan semakin pulih.
Aktor berusia 70 tahun itu dibenarkan keluar dua hari kemudian selepas kadar bacaan darahnya semakin stabil.
Bagaimanapun, superstar India itu dinasihatkan untuk berehat selama seminggu dan mengelakkan diri daripada berhadapan tekanan.
Rajinikanth sebelum ini sedang menjalani penggambaran filem Annaatthe, namun, proses pembikinannya terpaksa dihentikan pada 23 Disember selepas beberapa krew disahkan positif COVID-19.
Dilaporkan, seramai empat krew penggambaran filem berkenaan dijangkiti pandemik tersebut, namun, ujian ke atas Rajinikanth didapati negatif.
Susulan itu, seniman legenda itu membuat keputusan untuk menjalani kuarantin kendiri, tetapi tekanan darahnya tidak stabil menyebabkan beliau dikejarkan ke hospital.
Topic Berkaitan
#Rajinikanth
#tekanan darah tidak stabil
#superstar India
#bintang filem Tamil
#Annaatthe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan