awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakaman audio detik pembunuhan Jamal Khashoggi didedahkan

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2018
06:47 MYT
Rakaman audio detik pembunuhan Jamal Khashoggi didedahkan
"Saya tak boleh bernafas," itu kata-kata akhir wartawan terkenal Jamal Khashoggi sebelum dibunuh. -Gambar fail
"SAYA tak boleh bernafas."
Itu kata-kata akhir wartawan terkenal Jamal Khashoggi sebelum dibunuh sepertimana yang didedahkan kepada media pada Ahad.
Dalam rakaman audio itu, turut kedengaran bunyi mengerikan dipercayai tubuh Khashoggi dikerat menggunakan gergaji.
Ia turut mendedahkan pembunuh Jamal dipaksa mendengar muzik untuk menutup bunyi bising ketika pembunuhan dilakukan.
Rakaman itu dikeluarkan CNN menjejaki saat Jamal mula masuk ke bangunan konsulat untuk mengambil dokumen kebenaran perkahwinan hinggalah kepada perbualan telefon pembunuh dengan individu tertentu.
Menurut laporan, wartawan itu pada mulanya terserempak dengan bekas diplomat Saudi yang juga pegawai perisikan yang dikenalinya di kedutaan Saudi di situ.
Transkrip itu mendedahkan yang Jamal dikepung beberapa individu sebelum kedengaran suaranya yang berulang kali menyebut: "Saya tak boleh bernafas."
Jamal juga dilapor menjerit dan tercungap sebelum tubuhnya dikerat dengan gerjaji.
Malah, ketika pembunuhan dilakukan, kedengaran suara si pembunuh berbual di telefon dipercayai untuk melaporkan kepada 'orang atasan' tentang keadaan Jamal.
Rakaman mengejutkan itu menimbulkan kesangsian terhadap dakwaan Saudi bahawa pembunuhan itu bukan dirancang.
Jamal dilapor dibunuh di Konsulat Saudi di Istanbul pada Oktober.
Menurut CNN, transkrip itu diedar kepada sekutu Turki dan Saudi, termasuk di Eropah, tetapi hanya Amerika Syarikat dan Arab Saudi menerima rakaman itu.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#diplomat Saudi
#Jamal Khashoggi
#mayat digergaji
#perbualan telefon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan