awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakaman CCTV pencuri pecah rumah untuk jadi peringatan

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
18/07/2015
06:25 MYT
Rakaman CCTV pencuri pecah rumah untuk jadi peringatan
Rakaman CCTV pencuri pecah rumah jadi viral di media sosial
SEBUAH video yang memaparkan seorang pencuri yang cuba memecah masuk ke dalam sebuah rumah menjadi viral di media sosial apabila ditonton oleh lebih daripada 25,000 tontonan dalam tempoh seminggu.
Video rakaman CCTV tersebut telah dimuat naik di Facebook oleh seorang wanita, Lisa Mackenzie dari Bridgend, Wales.
Kamera CCTV itu telah dipasang oleh Lisa selepas dia mendapati kesan goresan pada pintu belakang rumahnya.
fb
fb
Gambar diperoleh dari Facebook Lisa Mackenzie
Wanita itu berkata, dia amat terganggu secara fizikal dan mental ketika dia mendapati ada pencuri cuba pecah pintu belakang semasa dia sedang tidur di tingkat atas bersama dua orang anaknya melalui rakaman CCTV tersebut.
Dalam video berdurasi seminit, suspek dilihat sedang cuba untuk membuka pintu belakang rumah Lisa dan juga mencari jalan untuk masuk melalui tingkap rumah tetapi akhirnya melarikan diri selepas mengesan kamera CCTV di rumah tersebut.
"Saya sakit pada ketika itu, jadi saya hilang kawalan emosi selepas menonton video tersebut, "kata wanita yang berusia 30 tahun itu.
“Saya hanya dapat fikirkan bahawa seseorang berada di luar dan apa yang mungkin berlaku jika dia berjaya masuk, jika saya tidak mengunci pintu tersebut?”
Menurut Lisa, hanya bulan lepas, dia menemui kesan goresan di sekitar kepala kunci pintu belakang.
Pada pagi Isnin pula, Lisa menyedari pintu belakang, yang memberikan akses ke taman belakang dari jalan masuk depan, telah dibiarkan terbuka.
Meskipun, pada mula, Lisa mengesyaki salah seorang anaknya yang bertanggungjawab tetapi terkejut selepas melihat rakaman CCTV tersebut.
Video ngeri itu telah meninggalkan Lisa trauma dan beratus-ratus duit telah dibelanjakan untuk mengambil langkah keselamatan selanjutnya.
Bagaimanapun, polis sedang menyiasat dan telah meningkatkan rondaan di kawasan sekitar rumah Lisa di Brackla, Bridgend, berikutan cubaan pecah masuk pada kira-kira jam 1 pagi pada Isnin.
Para netizen juga telah memberi sokongan moral kepada Lisa untuk kekal tabah.
Menurut Lisa, harapan dia bukan untuk tangkap suspek tersebut tetapi dia ingin menyedarkan orang lain akan kecuaian yang kita sering lakukan dengan tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingi kita.
Topic Berkaitan
#Facebbok
#Lisa Mackenzie
#pencuri
#Rakaman CCTV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan