awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Gaza kini hanya makan rumpai

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2024
00:20 MYT
Rakyat Gaza kini hanya makan rumpai
Um Youssef Awadiyeh membasuh rumpai yang dikumpul sebelum direbus untuk diminum airnya. - Foto X/News Boxer
GAZA: Akibat makanan yang sangat terhad di Gaza, rakyat Palestin terpaksa bergantung kepada sejenis rumpai yang dikenali sebagai 'mallow' untuk menyara keluarga mereka.
Rumpai itu mempunyai ciri-ciri perubatan dan tumbuh bebas dalam keadaan tanah yang keras dan kering kini menjadi makanan utama sejak aliran bantuan ke dalam enklaf itu berkurangan akibat perang.
Keseluruhan Gaza kini mengalami kekurangan akses kepada air bersih, makanan dan ubat-ubatan.
Seorang penjual di pasar, Um Ayad berkata, orang ramai kelaparan dan tiada apa yang boleh dimakan melainkan rumpai berkenaan.
"Semua orang lapar. Kami perlu memberi makan kepada kanak-kanak. Mereka terus menjerit mahu makanan.
"Kami tidak dapat mencari makanan. Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan," katanya.
Sementara itu, seorang ibu di Kem Jabaliya, Um Youssef Awadiyeh berkata, mereka terpaksa menghadapi situasi bahaya setiap hari untuk mendapatkan tumbuhan liar.
"Keadaan menjadi lebih teruk dan kami dipaksa pergi ke sempadan. Tiada jarak antara kami dan kereta kebal. Kami meletakkan nyawa kami dalam bahaya, tetapi apa yang boleh kami lakukan?
"Kami perlu memberi makan kepada anak-anak kami. Kami mempunyai anak yang ingin makan. Lebih baik sedikit daripada tiada. Kereta kebal itu boleh melepaskan tembakan ke arah kami, tetapi walaupun begitu kami pergi ke sana untuk mendapatkan rumpai. Ini dipanggil tumbuhan darat.
"Kami mendapatkan rumpai atau tumbuhan lain jika seseorang sakit. Kami kadang-kadang dijangkiti kerana kekurangan air bersih. Jadi kami mendapat beberapa tumbuhan yang kami rebus dan kemudian minum," jelasnya.
Angka kematian orang awam yang semakin meningkat dan krisis kemanusiaan yang semakin teruk di Gaza telah menguatkan gesaan untuk gencatan senjata.
Kebuluran dan penyakit berjangkit semakin merebak dan kira-kira 80 peratus daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal.
Topic Berkaitan
#rumpai
#mallow
#Gaza
#kelaparan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan