KUANTAN: Rakyat Malaysia yang berada di Sri Lanka diingatkan supaya tidak mendekati atau menyertai sebarang perhimpunan serta protes terutama menjelang pemilihan presiden baharu di negara itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata meskipun keadaan di Sri Lanka sudah kembali aman dan tenteram, rakyat Malaysia masih perlu menjaga keselamatan diri.
"Pejabat Malawakil (Perwakilan Malaysia) menjangkakan situasi akan terkawal selepas ini, bagaimanapun kita terus berjaga-jaga dan mengingatkan rakyat Malaysia di Sri Lanka supaya jaga keselamatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Taekwondo MGTF Bagi Sekolah Dan Kelab Negeri Pahang 2022 di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata setakat ini seramai 126 rakyat Malaysia telah berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka.
Katanya, mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat dengan sebahagian telah pulang ke tanah air secara sukarela.
Beliau berkata kementerian belum bercadang untuk membawa pulang kesemua rakyat Malaysia setakat ini bagaimanapun bersedia mengambil tindakan itu pada bila-bila masa.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan pergolakan di Sri Lanka berlaku akibat krisis kewangan paling teruk dengan negara itu gagal membayar balik hutang luar berjumlah US$51 bilion (RM226 bilion) dan kini mengadakan rundingan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi mendapatkan bantuan.
Presiden Gotabaya Rajapaksa telah mengumumkan peletakan jawatan beliau selepas penunjuk perasaan yang marah menyerbu kediaman presiden.
Mohd Zalani Md Atan
Sun Jul 17 2022
Saifuddin berkata, meskipun keadaan di Sri Lanka sudah kembali aman dan tenteram, rakyat Malaysia masih perlu menjaga keselamatan diri. - Gambar fail/ AP
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Hampir 480,000 terjejas oleh cuaca buruk di Sri Lanka
Seramai 479,871 individu daripada 142,624 keluarga terjejas, dengan 17 kematian dan 20 kecederaan dilaporkan.
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.
Perdana Menteri baharu Sri Lanka angkat sumpah
Ahli Parlimen dari Parti National People's Power (NPP) Harini Amarasuriya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Sri Lanka pada Selasa.
Perdana Menteri Sri Lanka letak jawatan selepas presiden baharu dipilih
Perdana Menteri Sri Lanka Dinesh Gunawardena menyerahkan surat peletakan jawatannya pada pagi Isnin susulan pemilihan Anura Kumara Dissanayake sebagai presiden baharu negara itu, lapor Xinhua.
PM Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Sri Lanka
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu.
Cef Malaysia pukau pelajar institut pelancongan Sri Lanka
Cef Murad mengadakan pertunjukan memasak di Colombo sebagai sebahagian festival masakan Malaysia yang sedang berlangsung di Sri Lanka.
Sri Lanka akan dakwa 10 nelayan India atas kematian kelasi tentera laut
Tentera Laut Sri Lanka merampas sebuah bot pukat tunda di luar Kankasanthurai di Wilayah Jaffna di utara negara itu pada 25 Jun lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tujuh maut kereta lumba rempuh penonton di Sri Lanka
Dalam kemalangan di Fox Hill Supercross itu, 18 penonton lain mengalami kecederaan.
Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.