awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB

Bernama
Bernama
24/03/2024
04:46 MYT
Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB
Guterres menyifatkan keadaan ketika ini sebagai "kecacatan moral". - Foto Reuters
RAFAH: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata pada Sabtu bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan, lapor agensi berita Palestin WAFA.
"Rakyat Palestin di Gaza - kanak-kanak, wanita, lelaki - terus dihantui mimpi ngeri berterusan," kata beliau dalam lawatannya di sebelah Mesir di persimpangan sempadan Rafah menyaksikan laluan trak bantuan masuk ke Gaza tetapi penduduknya diintai situasi "kelaparan dan kebuluran".
Beliau menyifatkan keadaan itu sebagai "kecacatan moral".
"Saya membawa suara sebahagian besar dunia yang sudah cukup melihat," kata Guterres, menyedihkan "komuniti dihapuskan, rumah dimusnahkan, seluruh keluarga dan generasi dilenyapkan".
Beliau mengulangi bahawa "tiada apa yang mewajarkan hukuman kolektif rakyat Palestin," menurut WAFA.
Guterres menekankan "ia adalah lebih daripada masa bagi gencatan senjata kemanusiaan segera" dan merayu kepada Israel untuk "akses menyeluruh dan tidak terhad untuk penyaluran barangan kemanusiaan di seluruh Gaza".
Lebih 32,100 rakyat Palestin terkorban dan lebih 72,400 cedera dalam perang Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
Israel juga telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan Semenanjung Gaza, menyebabkan penduduknya, terutamanya penduduk utara Gaza, berada di ambang kebuluran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Setiausaha Agung PBB
#Antonio Guterres
#Gaza
#gencatan senjata
#bantuan kemanusiaan
#perang Palestin Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan