awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat ratapi pemergian Hugo Chavez

Astro Awani
Astro Awani
06/03/2013
22:50 MYT
Rakyat ratapi pemergian Hugo Chavez
Ribuan rakyat Venezuela membanjiri jalan-jalan utama di Caracas pada hari Rabu menyaksikan perarakan keranda mendiang Hugo Chavez dari Hospital Tentera Carlos Arvelo.
Rata-rata ramai yang meratapi pemergian Chavez dan ingin melihat keranda Chavez buat kali terakhir dari jarak dekat.
Perasaan sedih jelas terpancar pada wajah kebanyakkan rakyat yang hadir pada hari yang paling menyedihkan bagi negara itu.
Ada yang menangis secara terbuka dan tidak kurang juga yang melambai-lambaikan bendera Venezuela sebagai tanda sokongan mereka kepada mendiang presiden.
Menurut salah seorang rakyat yang menghadiri upacara berikut, Chavez adalah segala-galanya bagi dirinya dan negara Venezuela.
“Beliau merupakan bapa kami, abang kepada kami dan beliau adalah segala-galanya bagi negara kami”, katanya sambil menangis.
Suasana bertambah gamat apabila perarakan keranda itu melepasi pintu hadapan Hospital Tentera Carlos Arvelo.
Keranda berkenaan dikelilingi oleh beberapa anggota tentera yang lengkap berpakaian seragam tentera serta pegawai-pegawai kerajaan.
Pemangku Presiden Venezuela, Nocolas Maduro dan Presiden Bolivia, Evo Morales turut mengiringi keranda tersebut.
Susulan kematian Chaves, kerajaan Venezuela mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari dengan semua sekolah di seluruh negara itu ditutup sepanjang minggu ini.
Beberapa pemimpin dunia dijangka hadir untuk upacara pengebumian Chavez yang dijadualkan di Caracas pada Jumaat ini.
Topic Berkaitan
#Hospital Tentera Carlos Arvelo
#Hugo Chavez
#Venezuela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan