Konflik di Syria sejak 22 bulan lalu bukan sahaja mengakibatkan 60 ribu penduduknya terkorban malah hampir satu juta penduduknya kini berdepan masalah kebuluran.

Ini kerana, pertempuran yang meletus di negara itu, telah menyukarkan bantuan makanan disampaikan.

Program Makanan Sedunia (WFP), kini mengalami kesukaran untuk menyalurkan bantuan kepada 1.5 juta penduduknya kerana ia tidak dapat menggunakan pelabuhan Tartus bagi mengagihkan sumbangan.

Malah, keadaan yang semakin tegang memaksa WFP menarik balik kakitangannya di Homs, Aleppo, Tartus dan Qamisly.

Tahun lalu menyaksikan serangan ke atas trak bantuan WFP juga meningkat.

Selain itu, masalah kekurangan bahan api juga menjejaskan operasi bantuan WFP.

Seramai 597 pelarian mendaftar dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), dan jumlah itu meningkat 90 ribu berbanding bulan lepas.

Pbb menganggarkan empat juta penduduk Syria memerlukan bantuan kemanusiaan.