awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rancangan salur air Fukushima ke laut cetus kebimbangan seluruh pasifik - The Guardian

Bernama
Bernama
05/07/2023
03:30 MYT
Rancangan salur air Fukushima ke laut cetus kebimbangan seluruh pasifik - The Guardian
Air digunakan untuk menyejukkan tiga reaktor selepas loji nuklear Fukushima Daiichi (gambar) terjejas akibat gempa bumi dan tsunami pada 2011 dan disifatkan kemalangan nuklear terburuk di dunia sejak 25 tahun selepas Chernobyl. - Gambar fail REUTERS
LONDON: Sekitar 2.3 juta orang yang tinggal di Kepulauan Pasifik bergantung kepada laut sebagai sumber makanan dan pendapatan, ramai menyuarakan kebimbangan berhubung rancangan Jepun untuk menyalurkan lebih 1 juta tan metrik air radioaktif yang dirawat ke dalam laut, Xinhua laporan The Guardian pada Selasa.
Air digunakan untuk menyejukkan tiga reaktor selepas loji nuklear Fukushima Daiichi terjejas akibat gempa bumi dan tsunami pada 2011 dan disifatkan kemalangan nuklear terburuk di dunia sejak 25 tahun selepas Chernobyl, menurut laporan itu.
Forum Kepulauan Pasifik (PIF), organisasi antarabangsa utama yang mewakili rantau ini, telah berunding dengan Jepun mengenai pelepasan air berkenaan selama dua tahun yang lalu dan pada Januari menzahirkan "kebimbangan mendalam" terhadap rancangan itu, menuru laporan.
Bulan lepas, PIF mengeluarkan kenyataan yang menarik perhatian terhadap undang-undang antarabangsa yang melarang pembuangan sisa nuklear di Lautan Pasifik, lapor The Guardian.
"Rakyat kami tidak mendapat faedah daripada rancangan Jepun ini, tetapi berisiko untuk generasi akan datang," The Guardian memetik kenyataan Ketua Setiausaha PIF, Henry Puna. - BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Jepun
#sisa nuklear
#air radioaktif
#loji nuklear Fukushima Daiichi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan