AKIBAT terlepas tiga mata, peminat mula bimbang.
Seorang pengguna X memuat naik satu hantaran menyatakan kekecewaannya terhadap prestasi Arsenal yang semakin merisaukan selepas tewas kepada Bournemouth baru-baru ini.
Advertisement
"Saya menyaman kelab bola sepak Arsenal kerana menyebabkan tekanan emosi serta antara kesalahan lain.
"Persembahan seperti ini tidak boleh diterima," katanya.
Notis saman juga telah dikeluarkan.
Ketakutan semakin dirasai tatkala pencabar terdekat, Manchester City, mula merapatkan jurang enam mata usai kemenangan mudah ke atas Chelsea semalam.
Selepas terlepas dua piala musim ini, penyokong mula mendesak The Gunners agar segera mengatasi masalah itu sebelum terlambat dan berkemungkinan bakal terlepas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).