awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu Cantik Filipina dinobatkan pemenang Ratu Cantik Dunia 2013

AFP
AFP
29/09/2013
01:29 MYT
Ratu Cantik Filipina dinobatkan pemenang Ratu Cantik Dunia 2013
Ratu Cantik Filipina dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan Ratu Cantik Dunia 2013 dalam pusingan akhir yang dianjurkan di Bali Indonesia, di tengah-tengah ketegangan ekoran bantahan besar-besaran terhadap penganjuran pertandingan itu.
Megan Young menewaskan lima lagi calon ratu cantik yang lain termasuk dari Perancis dan Brazil untuk memenangi pertandingan tersebut yang disiarkan secara langsung ke 180 negara seluruh dunia.
Dia berterima kasih kepada hakim kerana memilihnya sebagai pemenang dan berjanji untuk menjadi “Ratu Cantik terbaik”.
Megan yang berumur 23 tahun berjanji untuk “menjadi diri sendiri dan berkongsi apa sahaja pengetahuan yang ada demi membantu mereka yang memerlukan”.
Kebenaran untuk menganjurkan pertandingan di negara yang mempunyai populasi penduduk Islam terbesar di dunia telah menimbulkan kemarahan penduduk negara itu.
Lokasi pertandingan tersebut yang terletak di Nusa Dua, selatan Bali telah dikawal rapi dengan sejumlah besar polis dan juga trak-trak air penyurai rusuhan.
Ribuan hadir membantah penganjuran pertandingan ratu cantik tersebut.
Bagaimanapun anggota kumpulan radikal Barisan Pembela Islam yang sebelum ini berikrar untuk menganjurkan bantahan besar-besaran tidak melaksanakan rancangan mereka.
Kumpulan itu sebaliknya menganjurkan solat beramai-ramai di sebuah masjid di luar Jakarta bagi meluahkan bantahan mereka.
Topic Berkaitan
#Bali
#Filipina
#Indonesia
#ratu cantik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan