awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rayan berjaya ditemui, penyelamat tumpu usaha keluarkannya dengan selamat

Agensi
Agensi
05/02/2022
16:01 MYT
Rayan berjaya ditemui, penyelamat tumpu usaha keluarkannya dengan selamat
Fokus pasukan penyelamat kini adalah untuk membawanya keluar dari lokasi kejadian dengan selamat melalui terowong yang digali sejak beberapa hari lalu, lapor agensi berita Al Arabiya. - Gambar/ AP
USAHA menyelamat Rayan, kanak-kanak lima tahun yang terjatuh dan terperangkap dalam perigi sedalam 32 meter di Maghribi sejak Selasa lalu, semakin cerah apabila pasukan penyelamat sudah menemuinya.
Fokus pasukan penyelamat kini adalah untuk membawanya keluar dari lubang berkenaan dengan selamat melalui terowong yang digali sejak beberapa hari lalu, lapor agensi berita Al Arabiya.
Bagaimanapun, buat masa ini tidak dapat dipastikan berapa lama tempoh yang diperlukan untuk proses berkenaan.
Pasukan perubatan dan anggota keselamatan yang sudah lama berada di lokasi bersedia untuk mengejarkan Rayan ke hospital sebaik dia dibawa keluar.
Terdahulu kru penyelamat dikerahkan untuk menggali kawasan itu selain mendapatkan khidmat pakar kejuruteraan topografi untuk mencari kaedah terbaik dan paling selamat untuk mengeluarkannya.
Tragedi Jatuh Lubang | Pasukan penyelamat semakin hampiri titik lokasi
Kawasan kejadian turut dikelilingi orang ramai yang berdoa agar usaha menyelamat Rayan lancar dan menemui kejayaan.
Insiden berlaku di Kampung Ighran yang juga kawasan tumpuan pelancong utara Chefchaouen.
Sebelum ini, Khalid Agoram, bapa kepada kanak-kanak itu, melaporkan bahawa anaknya hilang sebelum mendapati dia telah terperangkap di dalam lubang.
Topic Berkaitan
#Rayan
#Morocco
#usaha menyelamat
#raya ditemui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan