awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS rekod lebih 1,600 kematian akibat selesema musim ini - CDC

Bernama
Bernama
12/12/2023
05:41 MYT
AS rekod lebih 1,600 kematian akibat selesema musim ini - CDC
CDC mengesyorkan agar kanak-kanak berumur enam bulan ke atas mendapat suntikan vaksin influenza setiap tahun. - Gambar fail AP
LOS ANGELES: Amerika Syarikat mencatatkan sekurang-kurangnya 2.6 juta kes membabitkan selesema, dengan 26,000 individu dimasukkan ke hospital dan 1,600 kematian, menurut anggaran terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
Influenza bermusim terus meningkat di kebanyakan kawasan dengan bahagian tenggara dan selatan-tengah mencatatkan kes tertinggi, menurut kajian mingguan CDC.
Sementara itu, angka kemasukan ke hospital setiap minggu terus meningkat, lapor Xinhua.
Sebanyak empat kematian berkaitan influenza melibatkan kanak-kanak dilaporkan pada minggu yang berakhir pada 2 Dis, menjadikan angka kematian membabitkan golongan itu mencecah 12 pada musim 2023-2024.
CDC mengesyorkan agar kanak-kanak berumur enam bulan ke atas mendapat suntikan vaksin influenza setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Influenza
#angka kematian
#selesema
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan