Skip to main content

Dunia

Remaja 18 tahun maut ditikam di luar masjid UK

ADOBE STOCK
Kejadian yang berlaku di luar Masjid Oldbury Jamia di West Midlands itu turut menyebabkan dua lagi mangsa cedera. -Gambar hiasan/Adobe Stock Photo

SMETHWICK: Polis Britain melancarkan siasatan selepas seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut ditikam dalam satu insiden ngeri di luar sebuah masjid di Smethwick, United Kingdom malam tadi.

Kejadian yang berlaku di luar Masjid Oldbury Jamia di West Midlands itu turut menyebabkan dua lagi mangsa cedera.

Advertisement

Jurucakap Polis West Midlands memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kekecohan di luar masjid berkenaan kira-kira jam 9 malam Jumaat (waktu tempatan).

"Mangsa yang berusia 18 tahun ditemukan dengan kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Dua lagi mangsa, masing-masing berusia 19 dan 22 tahun, telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, namun kecederaan mereka dilaporkan tidak mengancam nyawa.

Pihak polis menyifatkan serangan tersebut sebagai sangat menyedihkan namun menegaskan insiden itu setakat ini tidak diklasifikasikan sebagai jenayah bermotifkan agama atau perkauman.

"Kami sedang meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) dan menjalankan siasatan forensik di kawasan sekitar bagi mengenal pasti suspek yang terlibat," tambah kenyataan itu.

Kehadiran anggota polis telah dipertingkatkan di kawasan tersebut bagi memberi jaminan keselamatan kepada komuniti setempat.

Must Watch Video