Seorang remaja nyaris maut apabila paru-parunya terjejas teruk akibat ketagihan melampau rokok elektronik atau 'vape'.
Adam Hergenreder, 18, dari Illinois, Amerika Syarikat (AS) menjadi pengguna tegar vape sejak 18 bulan lalu sebelum menghidap penyakit paru-paru dan dimasukkan ke hospital minggu lepas.
Adam yang dahulunya aktif bersukan kini terlantar di hospital setelah jangkitan menyebabkan paru-parunya berfungsi seperti pada individu berusia 70 tahun.
"Sangat menakutkan apabila memikirkan kesan vape kepada paru-paru saya.
"Saya mungkin tidak boleh bergusti lagi selepas ini kerana ia adalah sukan fizikal dan paru-paru saya mungkin tidak dapat bertahan," kata Adam yang merupakan seorang ahli gusti.
Namun selepas jatuh sakit, Adam sukar bernafas dan doktor memaklumkan yang dia mungkin tidak dapat bergusti lagi..
Menurut Adam, dia menyangka penggunaan rokok elektronik adalah selamat berbanding rokok biasa, namun sangkaannya meleset apabila ia sebaliknya telah menjejaskan kesihatannya.
Difahamkan, Adam merupakan pengguna produk vape yang mengandungi THC, bahan psikoaktif utama yang terdapat dalam kanabis.
Sementara itu, ibu Hergenreder memberitahu anak lelakinya mungkin meninggal dunia jika lewat dibawa ke hospital.
Pegawai kesihatan AS juga kini sedang menyiasat 450 kes penyakit paru-paru berkaitan vape di seluruh 33 negeri di negara itu. - Mirror
Astro Awani
Sat Sep 14 2019

menjadi pengguna tegar vape sejak 18 bulan lalu sebelum menghidap penyakit paru-paru dan dimasukkan ke hospital minggu lepas. -Gambar Mirror

PdPR | Nenek belajar kuasai teknologi demi bantu cucu
Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah atau PdPR memaksa seorang nenek kepada 5 cucu di Johor untuk menguasai sistem pembelajaran norma baharu. Halimah Mohd Dan berkata, beliau terpaksa melakukannya, bagi memastikan pendidikan cucunya tidak terganggu susulan pelaksanaan PKP.

PdPR | Medium komunikasi berbeza oleh guru antara cabaran PdPR
Penggunaan medium komunikasi berbeza oleh guru setiap subjek menjadi antara cabaran dihadapi ibu bapa dan pelajar yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) yang bermula pada Rabu.

PdPR | Satu cabaran hebat buat warga pendidik
Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah atau PdPR merupakan satu cabaran hebat buat warga pendidik. Ini khasnya bagi guru yang mengendalikan pelajar yang beralih dari pengajian tadika, ke darjah satu.

COVID-19: Tahap keresahan, tekanan rakyat Malaysia paling tinggi - Ipsos
Menurut tinjauan firma penyelidikan pasaran dan perundingan antarabangsa, Ipsos, tekanan tersebut hadir daripada perubahan rutin selain tekanan keluarga.

Nyanyian Lady Gaga dipuji, tapi Amanda Gorman lebih menyinar
Amanda Gorman, 22, merupakan penyajak termuda yang dijemput dalam acara angkat sumpah presiden AS.

Proklamasi darurat | Bukan ingkar, hanya minta kaji semula - Jazlan
Tindakan segelintir Ahli Parlimen menghantar surat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung proklamasi darurat bukan satu tindakan ingkar. Sebaliknya kata Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, ia menjadi hak ahli parlimen untuk meminta proklamasi tersebut dikaji semula.

'Mungkin bagi kita satu pek makanan itu tiada apa-apa..' - Islamic Relief Malaysia
Agihan bantuan diberikan berdasarkan beberapa penilaian yang dibuat oleh IRM, mengikut lokasi-lokasi tertentu di seluruh negara.

AWANI Ringkas: Darurat | Tindakan Ahli Parlimen bukan derhaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

BKSS 5.0: Ini hadiah Abang Jo buat orang Sarawak!
Sarawak hari ini mengumumkan lanjutan bantuan kepada rakyat negeri itu yang terkesan akibat COVID-19 dan bencana banjir.

MAA | Jualan kenderaan merosot 12.4 peratus pada 2020
Di sebalik cabaran dalam sektor ekonomi, industri automotif menunjukkan jualan kenderaan yang memberansangkan susulan pelaksanaan pakej ekonomi yang diumum kerajaan.

Nyaris maut kerana rokok elektronik, remaja saman syarikat pengeluar vape
Saman 85 halaman itu mendakwa syarikat pengendali vape itu dengan sengaja mensasarkan remaja seperti Adam untuk tujuan mengelirukan.

Remaja hidup dengan paru-paru 70 tahun akibat vape
Adam yang dahulunya aktif bersukan kini terlantar di hospital setelah jangkitan menyebabkan paru-parunya berfungsi seperti pada individu berusia 70 tahun.