awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia sasar pengurangan kemiskinan sebagai fokus utama 2026
Kes mpox di Zambia cecah 367 sejak wabak pada Oktober 2024
55 juta penduduk Afrika Barat, Tengah berisiko kebuluran teruk pada 2026 - PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia perketat pemeriksaan haiwan bagi cegah kemasukan virus PPR

Bernama
Bernama
16/01/2026
20:00 MYT
Indonesia perketat pemeriksaan haiwan bagi cegah kemasukan virus PPR
Berasal dari Afrika, PPR merebak ke seluruh Asia dan baru-baru ini dikesan di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Vietnam dan Thailand. - Gambar hiasan/Bernama
BEKASI (Jawa Barat): Badan Kuarantin Indonesia (Barantin) mempergiat usaha pemantauan bagi mencegah kemasukan Peste des Petits Ruminants (PPR), iaitu penyakit virus yang sangat berjangkit dan menjejaskan kambing serta biri-biri, ke negara itu, lapor Agensi Berita ANTARA.
Pengarah Barantin, Sahat Manaor Panggabean berkata, agensi itu memantau pergerakan virus berkenaan secara rapi kerana ia boleh merebak melalui sentuhan langsung, makanan ternakan yang tercemar serta penularan melalui udara.
Berasal dari Afrika, PPR merebak ke seluruh Asia dan baru-baru ini dikesan di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Vietnam dan Thailand.
Virus itu menimbulkan ancaman besar kepada sektor ternakan, dengan kadar kematian mencecah sehingga 100 peratus dalam kalangan haiwan yang dijangkiti.
Barantin turut memberi amaran kepada pengendali pengangkutan, khususnya kapal yang masuk melalui Aceh, Sumatera Utara dan Riau, agar tidak membawa masuk ternakan atau produk berkaitan secara haram.
Walaupun PPR tidak boleh menjangkiti manusia, Panggabean menegaskan yang penyakit itu boleh memusnahkan populasi kambing dan biri-biri.
Indonesia ketika ini kekurangan vaksin PPR kerana penyakit itu belum dikesan di dalam negara.
Timbalan Pengarah Barantin bagi Kuarantin Haiwan, Sriyanto berkata, virus itu kali terakhir dilaporkan di Vietnam pada November 2025 dan sejak itu merebak ke negara lain.
--BERNAMA-ANTARA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#pemeriksaan haiwan
#virus PPR
#ternakan
#penyakit
#Peste des Petits Ruminants
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan