awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Resolusi UNSC mengenai tahanan mesti libatkan tahanan Palestin dipenjara Israel - ABIM

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
26/03/2024
07:36 MYT
Resolusi UNSC mengenai tahanan mesti libatkan tahanan Palestin dipenjara Israel - ABIM
Ahmad Fahmi berkata istilah tahanan dalam resolusi terbabit mesti terpakai kepada rakyat Palestin yang ditahan secara tidak sah oleh Israel. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tahanan mesti dilihat dalam dimensi yang menyeluruh.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin berkata, istilah tahanan dalam resolusi terbabit seharusnya turut terpakai kepada rakyat Palestin yang ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel.
“Berkaitan dengan tahanan, kita tidak boleh lihat dari satu dimensi semata-mata. Tahanan yang dimaksudkan pasca 7 Oktober itu bukan sahaja tahanan Hamas sahaja.
“Bahkan kita mengambil kira ribuan tahanan orang tidak bersalah yang rata-ratanya rakyat Palestin yang ditahan sebelum ini, wajar untuk diambil kira.
“Wajib juga mereka ini dibebaskan. Tidak boleh hanya kita rujuk elemen satu pihak dan mengabaikan pihak yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemu bual dalam program Buletin AWANI pada Selasa.
Ahmad Fahmi menambah, dalam tempoh gencatan senjata ini, rakyat Palestin juga mesti dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman, selaras dengan hak untuk menentukan nasib sendiri di atas tanah air sendiri.
Selain itu, beliau juga berharap lebih banyak usaha mencari mayat yang tertimbus dibawah runtuhan akibat serangan zionis dan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza dapat dijayakan.
“Perkara yang penting selepas daripada keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) ialah soal pelaksanaan dan kaedah terbaik untuk kita manfaatkan sepenuhnya gencatan senjata ini bagi membawa masuk lebih banyak bantuan kemanusiaan terutamanya makanan dan bekalan demi kelangsungan hidup rakyat Palestin.
“Dalam tempoh lima bulan ini, kita dapat makluman masih ramai yang terkorban dan belum ditemui. Dalam tempoh dua minggu gencatan senjata ini, kita harapkan lebih ramai kemasukan jentera untuk mencari mayat-mayat yang masih tertimbus bawah runtuhan susulan serangan rejim Israel,” ujarnya.
Pada Isnin UNSC menuntut gencatan senjata segera antara Israel dan Hamas selain pembebasan serta-merta tanpa syarat semua tebusan melalui Resolusi 2728.
14 ahli majlis mengundi untuk menyokong resolusi itu, manakala Amerika Syarikat berkecuali menjadi satu-satunya negara yang berkecuali.
Buletin AWANI: Gencatan senjata segera Gaza
Topic Berkaitan
#UNSC
#gencatan senjata
#Palestin
#tebusan Hamas
#penjara Israel
#ABIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan