TORONTO: Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa respons global terhadap perubahan iklim masih belum mencukupi dan menekankan bahawa dunia sedang menuju ke arah bencana.
"Dasar semasa membawa dunia kepada peningkatan suhu 2.8 darjah menjelang akhir abad ini. Ia akan membawa malapetaka. Namun tindak balas kolektif tetap belum mencukupi," kata Setiausaha Agung Antonio Guterres di taklimat akhbar pada Khamis.
Guterres menyuarakan kebimbangannya mengenai pendirian dunia terhadap perubahan iklim dan masih jauh tersasar dalam memenuhi janji serta komitmen iklim, lapor Agensi Anadolu.
"Saya melihat kurangnya cita-cita. Kurang kepercayaan. Kurang sokongan. Kurang kerjasama. Dan banyak masalah berkaitan kejelasan dan kredibiliti," katanya.
Beliau mengkritik fakta bahawa hak asasi aktivis iklim sedang diinjak-injak dan golongan rentan paling menderita.
"Kita sedang menuju ke arah bencana, dengan mata terbuka - dengan terlalu ramai yang sanggup mempertaruhkan semuanya kepada khayalan, teknologi yang belum terbukti dan penyelesaian yang mudah," kata ketua PBB itu.
Sambil mengkritik tindakan yang menjejaskan agenda iklim itu, Guterres menggesa semua negara untuk membina semula kepercayaan berdasarkan keadilan iklim dan mempercepatkan peralihan yang adil kepada ekonomi hijau.
Beliau berkata mengehadkan kenaikan suhu global kepada 1.5 darjah Celsius masih boleh dilaksana.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023
Guterres menyuarakan kebimbangannya mengenai pendirian dunia terhadap perubahan iklim dan masih jauh tersasar dalam memenuhi janji serta komitmen iklim. - REUTERS
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.
10 maut tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Congo
Sekurang-kurangnya 10 orang, kebanyakannya kanak-kanak maut manakala tiga lagi cedera selepas kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Congo.
COP29: Negara kaya akhirnya setuju sumbang AS$300 bilion setahun hadapi krisis iklim
Negara-negara maju akhirnya bersetuju menyediakan AS$300 bilion setiap tahun menjelang 2035 kepada negara membangun bagi membantu mereka menghadapi impak perubahan iklim yang semakin parah.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
COP29 gesa negara maju beri sumbangan, transformasi tenaga hijau tidak akan berjaya tanpa dana - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
COP29 kini digelar sebagai COP Pendanaan kerana tumpuan utama yang jelas terhadap keperluan memenuhi komitmen sumbangan kepada dana iklim.
Manfaatkan kebijaksanaan Orang Asli tangani ketidaktentuan alam - Pakar
Kebijaksanaan Orang Asli mendepani pelbagai cabaran dan ketidaktentuan alam perlu dijadikan contoh dalam modul latihan berkaitan kelangsungan kepada komuniti.
Malaysia perlu bantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu - Pakar
Malaysia perlu membantu Indonesia dalam proses transisi tenaga boleh baharu memandangkan pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara sedang pesar dibangunkan.
COP29: Tidak perlu anjur COP30 jika pemimpin tidak tegas soal penuhi ikrar dana iklim - Datuk Bandar KL
Pemimpin-pemimpin dunia perlu tegas untuk memuktamadkan perihal pendanaan iklim yang sudah dibincangkan sejak Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP) edisi-edisi lalu.
PBB desak tindakan segera tangani krisis iklim untuk lindungi negara pulau kecil
Antnio Guterres, menggesa dunia untuk meningkatkan pembiayaan bagi Dana Kerugian dan Kerosakan yang ditubuhkan bagi membantu negara-negara pulau kecil terjejas akibat perubahan iklim.
COP29: AS jamin tetap komited tangani pemanasan global
Tahun 2024 mungkin akan memecahkan rekod suhu baharu dan matlamat Perjanjian Paris kini berada dalam bahaya besar.