awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan berhimpun di Masjid Istiqlal, seru pemilihan Gabenor Jakarta beragama Islam

Agensi
Agensi
11/02/2017
06:50 MYT
Ribuan berhimpun di Masjid Istiqlal, seru pemilihan Gabenor Jakarta beragama Islam
Suasana di salah satu sisi Masjid Istiqlal hari ini. - Twitter.com / Mas Piyu
Puluhan ribu rakyat Indonesia berhimpun pada Sabtu di Masjid Istiqlal di pusat Jakarta untuk mendengar seruan pemimpin agama agar memberi sokongan kepada calon Islam sempena pilihan raya Gabenor Jakarta, lapor Reuters.
Jutaan penduduk Jakarta akan ke peti undi pada Rabu minggu depan untuk memilih gabenor baharu dalam satu pertandingan sengit yang mendahului pilihan raya presiden tahun 2019.
Indonesia merupakan populasi Islam terbesar dunia namun tetap mengiktiraf enam agama lain, selain menjadi tempat tinggal bagi ratusan kumpulan etnik serta mereka yang mengikut kepercayaan tradisi.
Di Jakarta, Gabenor Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang merupakan etnik Cina Kristian, berdepan dua pencabar, Agus Harimurti Yudhoyono - anak kepada bekas presiden Susilo Bambang Yudhoyono, dan bekas menteri pendidikan, Anies Baswedan.
Ahok kini melalui ujian getir dalam kempennya memandangkan beliau perlu muncul setiap minggu di mahkamah kerana berdepan perbicaraan berikutan dakwaan menghina al-Quran.
“Pada 15 Februari, kita akan mengundi pemimpin Islam. Jakarta akan diketuai pemimpin Islam yang akan berkhidmat kerana Allah. Jakarta akan jadi kota Islamik,” laung seorang pemimpin perhimpunan di Masjid Istiqlal, Maulana Kamal Yusuf, kepada hadirin.
Kawalan keselamatan di sekitar masjid nasional itu sangat ketat, termasuk dipantau anggota tentera dan polis.
Umat Islam mula berkumpul sejak selepas tengah malam bagi menunaikan solat tahajjud.
Sholat Tahajjud di Masjid Istiqlal pukul 03:06 pic.twitter.com/ARSm7ojd1Z
— spardaxyz (@spardaxyz) February 10, 2017
Sementara itu, lautan manusia memenuhkan sekeliling kawasan masjid yang terbesar di Asia Tenggara itu:
PENGGEMBOSAN GAGAL! LAUTAN MASSA AKSI 112 DI ISTIQLAL MELUBER KE JALAN SAMPAI SENEN DAN GAMBIR https://t.co/FCzpamwORL pic.twitter.com/blELj3m3bO
— Mas Piyu (@maspiyuuu) February 11, 2017
Sabtu merupakan hari terakhir sebelum ‘tempoh bertenang’ iaitu calon-calon dan penyokong masing-masing dihalang daripada merayu undi.
Dalam perkembangan lain, seruan di Istiqlal juga meminta agar orang ramai memberi sokongan kepada pemimpin kumpulan Front Pembela Islam (FPI) Habib Rizieq, yang diukatakan telah menghina ideologi rukun Pancasila dan simbol negara.
Tunjuk perasaan yang disertai ratusan ribu penyokong sebelum ini, yang mendesak Ahok dipenjara kerana dakwaan menghina Islam, juga digerakkan oleh FPI.
Topic Berkaitan
#Agus Harimurti Yudhoyono
#ahok
#basuki tjahaja purnama
#Gabenor Jakarta
#masjid istiqlal
#pilihan raya gabenor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan