awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan migran rentas sempadan AS-Mexico

Bernama
Bernama
21/09/2023
09:02 MYT
Ribuan migran rentas sempadan AS-Mexico
Pentadbiran Biden pada Rabu mengumumkan ia akan menawarkan status sah sementara kepada lebih 470,000 migran Venezuela yang memasuki AS menjelang 31 Julai. - Reuters
HOUSTON: Kira-kira 4,000 migran bergerak ke Eagle Pass, sebuah bandar sempadan di negeri Texas AS pada Rabu, mendorong Gabenor Texas Greg Abbott mengisytiharkan "pencerobohan" di sempadan AS-Mexico, lapor Xinhua.
Perkembangan itu berlaku beberapa jam selepas Datuk Bandar Eagle Pass mengeluarkan deklarasi bencana tempatan untuk mencari lebih banyak sumber.
"Saya secara rasmi mengisytiharkan pencerobohan di sempadan kami kerana dasar Biden," kata gabenor Republikan itu di X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
"Kami sedang membina tembok sempadan, dawai berduri dan penghalang marin. Kami juga mengusir migran," katanya, sambil menyebut dasar sempadan Rumah Putih sebagai "kegagalan".
Jumlah migran yang menyeberangi sempadan selatan ke AS telah meningkat dengan cepat dan pegawai sempadan telah membuat lebih 45,000 pertembungan dengan migran dalam tempoh lima hari lepas sama ada di pintu masuk dan di antara mereka, menurut laporan Fox News.
Pentadbiran Biden pada Rabu mengumumkan ia akan menawarkan status sah sementara kepada lebih 470,000 migran Venezuela yang memasuki AS menjelang 31 Julai.
Langkah itu akan mempercepatkan proses bagi migran yang layak untuk mendapatkan permit kerja AS bagi mengurangkan tekanan ke atas New York, Chicago dan bandar-bandar lain yang bergelut untuk menyokong mereka dengan tempat perlindungan dan perkhidmatan sosial yang terhad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#migran
#ceronoh sempadan
#Amerika Syarikat
#Mexico
#Venezuela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan