Skip to main content

Malaysia

Trafik menghala ke Lembah Klang mula sesak petang ini

Jurucakap LLM menasihatkan pengguna supaya memandu secara berhemah berikutan hujan lebat di beberapa lokasi, yang turut menyumbang kepada kelembapan aliran trafik. --fotoBERNAMA
Jurucakap LLM menasihatkan pengguna supaya memandu secara berhemah berikutan hujan lebat di beberapa lokasi, yang turut menyumbang kepada kelembapan aliran trafik. --fotoBERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang sesak setakat 3 petang ini, disebabkan warga kota mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti perayaan Deepavali.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, pergerakan kenderaan perlahan dikesan dari Sungai Petani Selatan ke Bertam, Sungai Dua ke Juru Autocity, Kuala Kangsar ke Terowong Meru, Simpang Pulai ke Gopeng serta Gopeng ke Bidor.

“Bagi laluan arah selatan pula, kesesakan berlaku dari Kulai ke Simpang Renggam, Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Port Dickson, Bandar Ainsdale ke Nilai Utara, Southville City ke Kajang dan Sungai Besi menuju ke pusat bandar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Advertisement

Sementara itu, pergerakan kenderaan dari arah Pantai Timur ke ibu negara turut sesak melibatkan laluan dari Lanchang ke Plaza Tol Karak, Bentong ke Lentang serta Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Beliau menasihatkan pengguna supaya memandu secara berhemah berikutan hujan lebat di beberapa lokasi, yang turut menyumbang kepada kelembapan aliran trafik.

Advertisement

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol LLM  menerusi talian 1800-88-7752.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement