awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Switzerland berkabung kenang mangsa kebakaran bar pada malam Tahun Baharu
Lebih RM600,000 dibelanjakan bagi pendidikan di Parlimen Hang Tuah
Ngauman harimau di Proton CIty, Perhilitan hantar petugas untuk pantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan penduduk diarah lari dari kebakaran di Ventura County

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2025
02:50 MYT
Ribuan penduduk diarah lari dari kebakaran di Ventura County
Lebih 150 anggota bomba, 11 pesawat dan 7 helikopter telah dikerahkan untuk memadam api. - Foto REUTERS
CALIFORNIA: Ribuan penduduk telah diarahkan berpindah segera apabila kebakaran hutan yang bergerak pantas melanda Ventura County, California, Amerika Syarikat (AS) memusnahkan puluhan rumah dan mengancam ribuan struktur.

Ringkasan AI
  • Kebakaran Canyon merebak pantas, ribuan diarahkan berpindah: Api melanda Ventura County, memusnahkan rumah dan mengancam ribuan struktur dalam masa dua jam.
  • Operasi besar-besaran dengan sokongan negeri dan persekutuan: Lebih 150 anggota bomba, pesawat dan helikopter dikerahkan, dengan pusat pemindahan dibuka di Santa Clarita.
  • Keadaan berbahaya, punca kebakaran masih disiasat: Asap tebal dan suhu tinggi menyukarkan operasi, manakala penduduk diingatkan agar patuh arahan evakuasi.

Kebakaran yang digelar Canyon Fire itu merebak dari 12 hektar kepada lebih 400 hektar dalam masa dua jam, didorong oleh angin kencang dan suhu tinggi yang mencecah 38°C.
Lebih 10,000 orang telah diarahkan berpindah dari kawasan seperti Camarillo, Piru, Val Verde dan Hasley Canyon.
Kebakaran turut mengancam talian kuasa dan ladang pertanian di sekitar sempadan Ventura–Los Angeles County.
“Jika pasukan penyelamat arahkan anda keluar, pergi tanpa ragu,” kata Pegawai Daerah LA, Kathryn Barger.
Lebih 150 anggota bomba, 11 pesawat dan 7 helikopter telah dikerahkan untuk memadam api.
Gabenor Gavin Newsom mengumumkan bantuan negeri dan persekutuan bagi menyokong usaha menyelamat dan perlindungan harta benda.
Kebakaran menyebabkan asap tebal yang menutup pandangan dan menyukarkan operasi.
“Segalanya berbahaya di luar sana. Api merebak terlalu pantas,” kata Kapten Bomba Ventura, Trevor Johnson.
Pusat pemindahan telah dibuka di College of the Canyons, Santa Clarita, bagi menempatkan mangsa yang terjejas. Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#angin kencang
#suhu tinggi
#pemindahan penduduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan