BANGKOK: Ribuan pengunjung memakai baju berbunga-bunga sambil membawa pistol dan senapang air berwarna-warni memenuhi Jalan Silom, Jalan Khaosan dan kebanyakan pusat beli-belah di sini untuk menyambut Songkran atau Tahun Baharu Thai.
Buat kali pertama tahun ini, Songkran di Thailand tersenarai sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Cuti umum sempena Songkran tahun ini adalah yang terpanjang selepas Kabinet Thailand meluluskan cuti lima hari dari 12 hingga 16 April.
Kebanyakan pusat beli-belah di Thailand melakukan persiapan bukan sahaja dengan menyediakan tangki air untuk peserta pesta untuk mengisi air, tetapi termasuk gelongsor air, kolam renang dan kolam kanak-kanak untuk peserta menyejukkan badan dalam waktu musim panas ini.
Bob Blevins, 38 seorang pelancong dari California Amerika Syarikat yang akan berada di sini sehingga Isnin berkata inilah kali pertama dalam seumur hidupnya dia terlibat dalam "pertempuran" menggunakan air di jalanan.
"Saya merancang untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di Bali, Indonesia penghujung bulan ini dan saya dinasihatkan oleh rakan saya supaya menyertai Songkran sebelum berlepas ke Indonesia.
Saya tidak pernah tahu mengenai Songkran sehinggalah seorang kawan saya memberitahu mengenainya dan lihat sekarang saya amat menyukainya. Saya juga belajar Songkran sebenarnya ialah Tahun Baharu Thai dan air digunakan untuk mencuci nasib malang," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Jalan Khaosan di sini hari ini.
Jalan Khaosan di sini sibuk sejak semalam dengan ribuan peserta pesta memenuhi daerah popular pelancong beg galas itu untuk bertempur menggunakan air bagi menyambut Songkran.
Sebagai sebahagian daripada budaya dan tradisi Thai, adalah menjadi adat mereka untuk menyambut tahun baharu itu dengan menyimbah air terhadap satu sama lain bagi mencuci dosa dan nasib malang dengan mempercayai ini akan membawa tuah dan rahmat untuk tahun mendatang.
Digelar sebagai pertempuran air terbesar di dunia, pesta tahunan Songkran menarik ribuan pelancong dari seluruh dunia untuk menyambut perayaan itu.
Selain daripada pertempuran air, warga tempatan juga menyambut Songkran dengan mengunjungi wat untuk melakukan acara memandikan patung Buddha. Semasa upacara ini air wangi dicurahkan ke atas patung-patung itu sebagai simbolik kepada pencucian dosa daripada tahun lepas.
Selain daripada itu, ahli keluarga yang lebih muda menyiram air di tangan dan kaki mereka yang lebih tua sebagai tanda hormat.
Pesta Songkran tahun ini menyaksikan ramai yang mengambil peluang untuk balik ke wilayah masing-masing bagi menyambut cuti hujung minggu yang panjang bersama anggota keluarga mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024
Buat kali pertama tahun ini, Songkran di Thailand tersenarai sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). - BERNAMA
Coppa Italia: Juventus julang piala pertama dalam tempoh tiga tahun
Jaringan awal Dusan Vlaholic membantu Juventus meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Atalanta dalam perlawanan akhir Coppa Italia .
Kecerdasan Buatan (AI) bantu guru tempatan berinovasi
Kewujudan kecerdasan buatan (AI) dimanfaatkan seorang guru tempatan bagi tujuan memperkaya inovasi dalam pengajaran.
Menurut guru sekolah menengah kebangsaan agama perempuan Alawiyah, perlis, Khairil Azmir Ahmad, beliau turut melihat kecerdasan buatan sebagai pembantu untuk mencetuskan pelbagai solusi kepada masalah dihadapi pelajarnya.
Menurut guru sekolah menengah kebangsaan agama perempuan Alawiyah, perlis, Khairil Azmir Ahmad, beliau turut melihat kecerdasan buatan sebagai pembantu untuk mencetuskan pelbagai solusi kepada masalah dihadapi pelajarnya.
Guru disaran bangunkan kompetensi digital secara kendiri
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyarankan golongan pendidik membangunkan kompetensi digital secara kendiri bagi memenuhi keperluan dalam melaksanakan tugas.
Lagi harimau belang mati dilanggar
Seekor harimau belang jantan dewasa dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Kilometer 50.8 arah Kuala Lumpur pada Khamis.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Ratusan masyarakat Siam mandi air, sambutan Songkran meriah di Pulau Pinang
Songkran atau Tahun Baharu Thai disambut meriah oleh masyarakat keturunan Siam di Pulau Pinang dengan meneruskan tradisi pesta air dan mengunjungi kuil Wat Chaiyamangalaram.
Sambutan Songkran untuk gerak tenaga kukuh perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menyeru rakyat supaya menyingkirkan fitnah, prejudis dan sentimen yang memecah belah, sekali gus merugikan semua pihak.
Ribuan pengunjung "bertempur" menggunakan air sempena pesta Songkran
Cuti umum sempena Songkran tahun ini adalah yang terpanjang selepas Kabinet Thailand meluluskan cuti lima hari dari 12 hingga 16 April.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UNESCO perakui Songkran sebagai warisan budaya tidak ketara kemanusiaan
Songkran, perayaan Tahun Baharu tradisional Thailand, mendapat pengiktirafan dalam Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (ICH).
Thailand kembali raikan Songkran berskala penuh selepas COVID-19
Thailand kembali meraikan perayaan Songkran secara besar-besaran selepas tiga tahun dilanda pandemik COVID-19.
Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Songkran
Seri Paduka berdua berharap perayaan itu akan dilimpahi dengan keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang menyambutnya.
COVID-19: PM Thailand arah tingkat persediaan pasca Songkran
Antara persediaan yang perlu dilakukan kementerian dan agensi ialah menyediakan lebih banyak katil dan pusat pengasingan komuniti.
Hatyai sunyi dan lengang menjelang Songkran
Masih lengang dan sunyi walaupun pintu sempadan darat Sadao-Bukit Kayu Hitam telah dibuka bermula 1 April.
Pesta Songkran kembali di Thailand, namun lebih sederhana
Thailand akan kembali meraikan pesta air Songkran buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun pada April ini, namun dengan garis panduan tertentu.