awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM

Bernama
Bernama
16/05/2024
03:35 MYT
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
MOHAMED FADZLI: Saya menyerahkan kes berkenaan kepada SPRM untuk menyiasat kes ini seadil-adilnya. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes rasuah dan seleweng pembinaan telaga jejari yang tidak berfungsi untuk membekalkan air kepada penduduk.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
"Saya menyerahkan kes berkenaan kepada SPRM untuk menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kerajaan Kelantan juga ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Datuk Dr Izani Husin berkata SPRM harus menyiasat kes berkenaan secara profesional dan telus.
Semalam, SPRM menahan empat individu lelaki termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air di Kelantan bagi membantu siasatan berkaitan pembinaan telaga jejari yang gagal berfungsi untuk membekalkan air kepada penduduk.
Kesemua mereka yang berusia antara 40 hingga 60-an itu ditahan secara berasingan di sini, antara 7 hingga 10 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Menteri Besar Kelantan
#SPRM
#Rasuah
#telaga jejari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan